Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

[ Pekerjaan ] 8 Tips Tingkatkan Motivasi Ke Tempat Kerja

by Aida Sue
March 3, 2014
12
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

motivasi

Ada hari dimana kita berasa ‘malas’ atau tidak bermotivasi untuk ke tempat kerja dengan pelbagai sebab. Kerja yang terlalu banyak, rakan sepejabat atau bos yang buat hal ataupun memang tidak minat untuk bekerja. Ia akan menjadi lebih teruk bagi mereka yang tidak mempunyai motivasi ke tempat kerja seperti kemurungan, tekanan, sakit dan sebagainya. Jadi terdapat beberapa tips untuk meningkatkan motivasi ke tempat kerja. Selamat mencuba 🙂

1. Kata Semangat Untuk Diri Sendiri

Beri kata-kata semangat kepada diri sendiri sebelum memulakan minggu pekerjaan. Katakan pada diri sendiri yang anda boleh mengharungi minggu ini seperti minggu-minggu yang lepas. Fikir positif dan menulis nota positif untuk diri sendiri dan cuba perbaiki diri. Bagi umat Islam, anda boleh berdoa supaya minta ditenangkan hati dan dipermudahkan urusan di dalam setiap pekerjaan.

2. Hadiah

Hadiahkan diri anda dengan secawan kopi ataupun sarapan kegemaran anda sebelum memulakan kerja. Beri insentif kepada diri sendiri seperti membuat rancangan makan tengah hari. Jadual sesuatu yang baik selepas kerja , seperti senaman, perjumpaan dengan rakan-rakan, atau aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga di rumah.

3. Lakukan Perkara Yang Mudah

Jika anda tidak kerja yang ‘urgent’, buat ‘to-do list’ dan lakukan pekerjaan yang mudah terlebih dahulu untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja sekaligus mematikan semangat untuk bekerja. Minta sokongan yang anda perlukan daripada pasangan anda, rakan-rakan dan keluarga

4. Kurangkan interaksi

Jika anda tidak bermotivasi, cuba kurangkan interaksi dengan rakan sekerja atau bos anda. Dapatkan tumpuan di dalam bekerja dengan mengehadkan interaksi : memakai earphone anda, jangan jaga tepi kain orang lain,  menutup pintu pejabat anda dan hanya berkomunikasi melalui emel. Mungkin ini dapat mengurangkan tekanan anda dan membantu anda berfikir dengan lebih baik.

5. Sokongan

Dapatkan sokongan moral dari rakan baik ataupun keluarga. Dapatkan juga bantuan pakar kaunseling jika anda menghadapi masalah yang lebih serius di tempat kerja. Kadang-kadang manusia tidak bermotivasi di tempat kerja bukan kerana tidak sukakan pekerjaannya, tetapi orang di sekeliling juga boleh membantutkan semangat untuk bekerja.

6. Syukur

Daripada memberi fokus kepada semua sebab anda tidak mahu pergi kerja, cuba beri tumpuan kepada bahagian yang baik. Anda masih hidup . Anda mempunyai pekerjaan. Anda tidak benar-benar sakit , dan beryukur menggalakkan pemikiran positif yang menarik tenaga yang baik.

7. Amalan penjagaan diri

Keluar dari pejabat dan berjalan  untuk menenangkan fikiran anda. Dapatkan rehat, pemakanan dan senaman  yang betul. Kerja, kerja juga, kesihatan jangan dilupa.

8. Rancang Masa Hadapan

Jika anda tidak ada pilihan lain, anda perlu rancang masa hadapan anda dengan cuba mencari kerja di tempat lain. Mungkin persekitaran dan cara kerja tidak sama, akan tetapi kalau tak cuba kita tidak akan tahu. Cari tempat kerja yang sesuai dengan minat anda dan yang penting, selalu berfikiran positif.

Tags: [ Pekerjaan ] 8 Tips Tingkatkan Motivasi Ke Tempat Kerjamotivasi ke tempat kerjanaikkan semangat kerjatakde mood kerjatingkat motivasitingkat semangat kerjawork motivation
Share5SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Times of India
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Sofie Azizlan
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Foto - Smita Tandon, MD
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Sofie Azizlan
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Sofie Azizlan
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Sofie Azizlan
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.