Macam-macam hal berlaku di dunia ini, ada yang ingin merubah diri jadi Superman, ada yang terpaksa merana hidup hanya kerana ingin jadi wanita, kiranya sanggup lakukan pelbagai perkara hanya untuk dapatkan apa yang mereka idamkan.
Hal ini terjadi pada seorang wanita, Blondie Bennett berusia 38 tahun yang ingin menghabiskan seluruh hidupnya menjadi anak patung Barbie malah mengambil keputusan untuk menjalani hypnotherapy agar `otaknya kosong’, sama seperti anak patung itu. Bekas model itu menjalani sesi hypnotherapy sekali dalam seminggu supaya dia senang menjadi keliru dan bengap. Malah, menghabiskan wang sebanyak £25,000 untuk menjalani pembedahan membesarkan payu dara.
Dia kini tidak bekerja lagi dan memperoleh pendapatan melalui ‘sugar daddy’ dalam talian yang memberikan sokongan kepadanya dengan menyaksikan dia memakai baju seksi seperti Barbie. Blondie juga kerap kali menyembur spray, menyuntik botox dan bibir untuk membolehkan dia kelihatan seperti anak patung.
“Ada orang bertanya kenapa saya ingin menjadi Barbie, saya memberitahu mereka bahawa Barbie mempunyai kehidupan yang menarik dan cantik dan yang penting tidak perlu memikirkan mengenai perkara lain. Saya sudah menjalani rawatan hypnotherapy sebanyak 20 kali dan sudah berasa keliru serta kosong sepanjang masa.
Bila ditanya apa perkara yang berlaku sejak menjalani rawatan hypnotherapy, dia menjelaskan baru-baru ini telah menjemput seorang rakan di lapangan terbang tetapi idak ingat sama ada perlu menunggu di balai ketibaan atau balai berlepas.
“Saya juga mengambil masa selama tiga jam untuk memandu ke rumah ibu saya, iaitu tempat di mana saya membesar kerana terlupa jalan,,” katanya.
Blondie memberitahu dia mula menjadi obses dengan Barbie ketika kanak-kanak dan sentiasa berpakaian seperti anak patung itu. Dia mahu orang melihatnya sebagai anak patung Barbie yang cantik dan seksi, orang boleh mengutuknya tetapi dia tidak pedulikan semua itu malah makin gembira sebegini.