Hubungan Fizz Fairuz dan Almy Nadia apa yang terjadi sekarang? Tiada berita daripada mereka berdua ini. Tetapi selepas sekian lama berteka-teki, berdiam diri serta putus tunang, akhirnya Fizz Fairuz mengesahkan bakal bernikah dengan pilihan hatinya, Almy Nadia pada hujung Mei tahun ini. Menurut Fizz, resepsi bakal diadakan di Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 31 Mei manakala pernikahan akan dibuat sehari sebelum, malam 30 Mei.
“Persiapan sedang rancak dijalankan sekarang ini dan sudah 70 peratus siap di mana selain di Pulau Pinang, pada Jun nanti majlis sebelah saya pula diadakan di Raub, Pahang,” katanya. – via
Bila ditanya perihal wang hantaran dan destinasi bulan madu, pelakon itu terus berkongsi dia memberi wang hantaran berjumlah RM20,000 destinasi berbulan madu pilihannya ialah Maldives. Apapun, Wanista ucapkan tahniah buat pasangan kekasih ini dan diharap hubungan mereka berkekalan hendaknya. Aminnn