Pencarian lima orang wanita untuk dipaparkan di dalam rancangan dokumentari istimewa Bella Hopes yang bakal bersiaran di ntv7 Mac ini, kini telah ditemui. Lima wanita tersebut adalah Puspa Rani, Pengasas Malaysia Independent Animal Rescue, New Su Shern (Projek Liber8) seorang aktivis berkaitan isu anti pemerdagangan manusia, Munirah Hamid, Pengasas PERTIWI Soup Kitchen, Diana Rose, Pengasas rumah budaya ‘Lamin Dana’ dan Choo Poh Leem seorang ahli biologi marin.
Lima wanita tersebut dipilih berdasarkan cadangan yang dihantar oleh pengirim melalui talian (www.ntv7.com.my/bellahopes). Lima yang terbaik akan dipilih secara teliti. Bertujuan untuk memartabatkan golongan hawa, Bella Hopes yang bakal bersiaran Mac ini sempena Hari Wanita Sedunia ini merupakan rancangan dokumentari penuh inspirasi yang bakal memaparkan kisah hidup dan usaha murni setiap seorang wanita ini dalam menjayakan misi dan harapan mereka demi melakukan perubahan positif terhadap masyarakat dan alam sekitar.
Sebelum ini, NTV7 pernah menganjurkan Bella Awards (anugerah khas untuk wanita) dan Bella Bundle of Joy (himpunan terbesar ibu-ibu hamil ).
Nantikan kisah-kisah wanita ini di dalam rancangan Bella Hopes yang bakal bersiaran pada Mac 2014 sebanyak 5 buah episod hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7 (Saluran 107).