1. Jawab panggilan
“Mengalahkan businessman! ” Itu ayat yang selalu digunakan untuk mengusik orang yang 24 jam asyik bergayut di telefon. Malah, ada orang yang mempunyai lebih daripada satu telefon pintar menggunakan nombor telefon yang berlainan. Lebih teruk lagi ada yang jenis suka membawa telefon dan berbual di dalam tandas. Sampai dalam tandas pun masih nak berbual?
2. Tengok resepi sambil masak
Kalau dulu kita biasa lihat orang akan salin resepi atas kertas sebagai rujukan ketika memasak, generasi hari ini yang hidup dengan telefon pintar pula menggunakan cara yang lebih pantas ; Google, dapatkan resepi dan rujuk terus dengan laman web tersebut. Malah ada yang tidak boleh berpisah dengan telefon pintar mereka untuk kekal update dengan resepi baru. Tapi skrin telefon anda tentunya tidak akan kekal cerah sentiasa dan jika telefon anda disetkan dengan password anda perlu masukkan password tersebut berulang kali. Kan lambat dan leceh jadinya, apa salahnya anda cetak sahaja resepi tersebut.
3. Tengok tentang laporan trafik terkini ketika memandu
Ada pemandu yang sentiasa merujuk kepada laporan trafik untuk mengelakkan diri daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Misalnya update Twitter dari PLUS. Tapi tak perlu sampai sentiasa periksa. Info tersebut memanglah boleh merancang perjalanan anda jadi lebih baik tapi bukannya menghalang jalan raya jadi tidak sesak. Tak pelulah obses sampai perlu check sentiasa.
4. Tengok peta ketika memandu
“Tak tahu jalan” tidak lagi boleh dijadikan alasan sekarang untuk pergi ke sesuatu tempat. Applikasi seperti Waze dan Google Map adalah yang popular digunakan untuk sampai ke destinasi yang tidak biasa dituju. Tapi kalau terlalu bergantung kepada applikasi ini pun susah juga malah membahayakan pula. Leka sangat tengok map takut kemalangan pula nanti. Apa kata anda teliti dan faham dulu jalan yang perlu diambil, take note landmark yang boleh membantu anda mencari jalan, barulah mulakan perjalanan.
5. Balas mesej sambil berjalan
Ini fenomena yang biasa kita lihat. Kalau mesej yang ringkas seperti “ok” tak apa lah, ataupun mesej yang urgent. Tapi kalau mesej borak-borak kosong dengan kawan tu rasanya tunggula tempat dan masa yang sesuai untuk balas. Tak berbaloi rasanya anda masuk hospital kerana patah hidung akibat terlanggar tiang sebab nak balas mesej. Hmm…
6. Untuk nampak sibuk.
Tak ada apa pun yang menarik tetapi sibuk dengan telefon pintar mungkin cara paling pantas dan mudah untuk buat kita tak nampak canggung. Tambahan lagi bila semua orang sekeliling asyik dengan telefon pintar mereka, Jadi kita pun turut buat perkara yang sama walaupun sebenarnya tak ada data internet pun.
7. Shopping
Shopping di internet lebih mudah bukan, tapi logiknya, orang-orang yang asyik dengan web dan blog shopping ni memang sentiasa shopping 5 minit sekali ke?Banyaknya duit. Jadi kemungkinan yang pertama, mungkin mereka tak mahu melepaskan sebarang update tentang baju atau kasut new arrival dari blogshop kegemaran mereka. Kedua mungkin juga mereka ini adalah jenis yang tunggu sale atau happy hour, kalau tak melekat dengan telefon takut melepas pula nanti. Atau yang ketiga, jenis yang hanya suka cuci mata… ye cuci mata sahaja tapi melekat 24/7.
8. Group chat
Group chat di applikasi seperti Whatsapp, WeChat dan Kakao Talk memang popular sekarang. Applikasi ini membolehkan kita berbual dengan kawan-kawan atau keluarga secara beramai-ramai/berkumpulan. Jadi interaksi akan jadi lebih menarik. Tetapi yang menjadi masalah, ada juga yang masih berbual di group chat walhal sedang duduk semeja. Jadi apa gunanya keluar berjumpa. Lagi satu masalah apabila ahli dalam group chat tersebut terlampau ramai. Siapa sahaja yang menghantar mesej akan diberi notification. Jadi terpaksalah anda sentiasa check dan “melekat” dengan telefon anda kan?
9, Periksa dan Balas email
Menurut kajian yang dilakukan oleh “Always Connected”, email adalah aktiviti paling popular dalam menggunakan telefon pintar. Tapi ada baiknya anda hadkan masa untuk aktiviti ini. Bekerja sehingga hilang keseimbangan hidup pun tak sihat juga. Jadi tak perlulah anda sentiasa periksa dan balas email walaupun pada waktu tidur anda.
10. Dapatkan berita
Internet adalah medium paling pantas kini untuk mendapatkan berita. Like atau follow sahaja laman sosial stesyen TV atau surat khabar anda sudah boleh mengetahui berita semasa. Tetapi , bukan berita -berita hal ehwal semasa negara dan dunia sahaja yang tidak mahu dilepaskan. Berita seperti gosip artis pun tak boleh ketinggalan. Ataupun lebih pathetic lagi berita peribadi kawan-kawan. Tak rugi pun kalau terlepas gosip yang tak mendatangkan faedah tu.