Gambar kanak-kanak sekolah rendah bertatu ini telah dimuatnaik oleh sebuah Fanpage di laman sosial Facebook. Kelihatan tiga orang kanak-kanak ( ada yang memakai songkok ) mempunyai lukisan tatu yang dipercayai dilukis menggunakan pen marker berwarna hitam di lengan kanan dan kiri mereka. Kanak-kanak ini juga dilihat memakai baju sekolah berlengan panjang untuk ‘menutup’ tatu mereka tetapi gagal. Mungkin terlalu terikut-ikut dengan gaya pelakon gangster yang bertatu di dalam filem samseng /gangster di Malaysia barangkali?
Kapsyen gambar ini :
Dilema Guru Zaman Sekarang.
Kalau dapat pelajar macam ni,
Tidak boleh rotan nanti ibu bapa saman,
Tidak boleh marah nanti ibu bapa buat laporan polis,
Tidak boleh suruh berdiri atas kerusi nanti ibu bapa jumpa dengan pengetua.Jadi guru terpaksa menangkap gambar dan muatnaik ke Facebook, harap ibu bapa tidak ambil sebarang tindakan. Kalau zaman persekolahan saya budak-budak ni memang dah kena bantai dengan guru disiplin, dan ibu bapa tidak akan bising. Tetapi itu zaman dulu,zaman sekarang lain.
Kini masalah sosial di Malaysia bukan sahaja dilakukan oleh remaja, bahkan kanak-kanak. Perasaan ingin tahu dan mencuba secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara tidak berfaedah. Selain itu juga jika tersilap memilih kawan, ia akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Ibu bapa dan guru perlu memantau aktiviti anak mereka serta perlu mengingatkan anak mengenai masa depan supaya mereka tidak melakukan sesuatu yang akan dikesali kelak.