Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail adalah antara selebriti tempatan yang suka berfesyen. Pelakon kecil molek ini sering sahaja memuat naik gambar OOTD (Outfit Of The Day ) nya di laman instagram milik beliau lengkap dengan tag semua blogshop yang menaja pakaian-pakaian tersebut. Ringkasnya, apa yang menarik pada fesyen yang digayakan Emma, pilihan pakaiannya simple dan “malas” sahaja tetapi dengan padanan beberapa item seperti wedges sneakers, shade dan ankle boot, Emma berjaya menjadikan gaya tersebut tidak jatuh selekeh.
Kombinasi biru dan hitam yang digayakan Emma ini nampak begitu elegan dan ‘mahal’. Kalau diperhatikan, tunjang utama seri gaya ini adalah trouser corak belang menegak ke bawah ini yang membuatkan gaya ini menarik. Walaupun asalnya gaya ini nampak santai, jika cardigan hitam lengan panjang ini digantikan dengan blazer, gaya ini cukup “syarat” untuk dibawa ke pejabat sebagai pakaian formal.
Untuk gaya ini juga, Emma sekali lagi dilihat bereksperimen dengan seluar, kalau tadi corak belang kali ini corak military pula ataupun celoreng askar. Diimbangi dengan t-shirt polos warna putih sahaja jadi gaya ini tidak nampak sarat dan berlebihan. Untuk kasut, ankle boot adalah kombinasi yang paling sempurna bagi gaya ini.
Seiring dengan usinya yang masih muda, percubaan Emma untuk gaya punk yet funky ini nampak effortless.
Bergaya feminin, Wanista cukup sukakan kardigan kimono labuh corak floral ini. Gaya ini juga sesuai digayakan oleh mereka yang berhijab.
Sekali lagi menggayakan wedges sneakers dan motif skull tapi kali ini pada sweater pula. Pada pemerhatian kami, Emma memang suka menggayakan sweater atau oversized t-shirt bersama seluar skinny.
Untuk gaya Emma di acara karpet merah pula, Emma baru-baru ini dilihat kerap menggayakan dress dari pereka fesyen duo, Rizman Ruzaini. Ini dua dress yang paling Wanista suka.
Emerald green atau hijau zamrud adalah antara palet warna paling in 2014. Lihat sahaja bahagian atas dress ini kita sudah boleh teka ianya rekaan Rizman Ruzaini. Dress ini baru sahaja digayakan Emma pada Anugerah Meletop Era 8 Februari lalu.
Dress ini pula dipakai pada Anugerah Blokbuster 2 Tahun 2013. Pada anugerah yang bertemakan ‘Hipster’ itu, Emma adalah antara selebriti yang dilihat berjaya menepati tema dengan baik.
Gambar : Instagram Emma Maembong