Pereka fesyen dari British yang juga merupakan bekas ahli kumpulan Spice Girl, Victoria Beckham, telah melancarkan koleksi Musim Bunga/Panas 2014 nya di Minggu Fesyen New York (New York Fashion Week), pada 9 Februari yang lalu. Mengetengahkan konsep moden dan sofistikated, koleksi beliau kali ini banyak menggunakan perincian seperti pleats, ruffles dan tailoring.
Sebagai refleksi keanggunan, Beckham kali ini mengembangkan hasil rekaannya melalui evolusi line dan proportion. Potongan teknikal rekaan telah dipamerkan dalam palet segar hitam, merah tomato dan putih salju.
Membawa konsep ‘paparazzi proof’ , pereka tersebut juga fokus kepada butiran dalam setiap rekaan dan 360 darjah applikasi curves, pleats, intarsia, ruffles dan cut outs. Antara potongan yang dibawakan termasuklah cocoon jackets, loose, ruffled tunics dan body-swamping gilets.
Kredit Gambar : Facebook Rasmi Victoria Beckham