Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Pasangan Ibu Bapa Di Sweden Didakwa Memukul Anak Sejak September 2010

by Aida Sue
February 11, 2014
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

ibu-bapa-sweden

Semalam Mahkamah Daerah Solna, Sweden telah memutuskan bahawa pasangan Malaysia Azizul Raheem Awalludin dan isterinya Shalwati Norshal didakwa atas tuduhan mencederakan dan memukul empat anak mereka sejak September 2010. Dakwaan diputuskan sekitar jam 11 pagi (waktu tempatan, 6 petang waktu Malaysia). Menurut dokumen mahkamah yang diperolehi oleh New Straits Times pula, Azizul Raheem dan Shalwati didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Spångavägen dari 15 September 2010 hingga 17 Disember 2013.

sweden
Sumber gambar : Utusan Malaysia

Shalwati didakwa diatas kesalahan mencederakan Ammar , 12, yang merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik, dalam tempoh tiga tahun. Antara dakwaan terhadap Shalwati adalah dia telah mencederakan Ammar dengan tangannya dengan memukul beliau pada lengan , muka, leher dan badan. Shalwati juga didakwa menarik telinga dan memukul Ammar dengan menggunakan penyangkut baju, tali pinggang kulit dan batang kayu dalam tempoh tersebut.

Selain itu juga, dia didakwa menyerang dan mendera tiga anak lain iaitu – Aisyah , 15,  Adam dan Arif, masing-masing berumur 12 tahun dan 8 tahun. Azizul Raheem juga didakwa diatas kesalahan menyerang dan mendera empat anak mereka. Jika sabit kesalahan , pasangan itu akan menghadapi hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Menurut laporan akhbar Harian Metro, Kertas pertuduhan setebal sebelas muka surat diserahkan pendakwa Anna Arnell kepada Mahkamah Daerah Solna. Pasangan itu dituduh membuat kesalahan mencederakan anak dengan tuduhan dibuat secara berasingan. Perbicaraan bermula 18 Februari selama 10 hari.

Sebelum ini kami pernah menulis satu artikel mengenai isu tentang sepasang  suami isteri rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden sejak pertengahan Disember lalu, kerana memukul seorang anak mereka yang enggan bersolat menjadi semakin rumit apabila peguam pasangan itu membuat kenyataan kepada media tempatan, Astro Awani , mengenai anak guamnya yang dituduh pernah mendera anak mereka sebelum ini. Kristofer Stahre , peguam untuk Shalwati Nurshal  berkata,  bahawa dia telah dituduh memukul anak-anaknya beberapa kali dan beliau menambah yang anak guamnya tidak akan ditahan jika ia melibatkan satu kejadian sahaja.

Terkini, empat beradik anak pasangan warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden,memulakan sesi persekolahan selepas dibawa pulang ke negara ini 2 Februari lepas. Empat beradik itu, mula bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala dan Sekolah Kebangsaan Padang Kala yang terletak berhampiran rumah mereka di Kampung Wakaf Tok Wali di Kelantan.

 

Tags: A Malaysian couple is reported to be detained in Sweden for disciplining their son who did not perform his prayersAzizul Shalwati didakwa di Swedendera anak solatibu bapa pukul anak swedenibu bapa swedenibubapa swedenisu sweden malaysiamalaysian couple swedenmalaysian swedenPasangan Ibu Bapa Di Sweden Didakwa Memukul Anak Sejak September 2010pukul anakpukul anak swedenpukul anak tidak solatsuami isteri sweden malaysiaSuami Isteri Warga Malaysia Ditahan Kerana Disiplinkan Anak Tidak Bersolat Di Swedensweden
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Sofie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Sofie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.