Pernah tonton Man vs Wild di saluran Discovery Channel ? Siri televisyen berkonsepkan survival ini dihoskan oleh Bear Grylls, seorang adventurer, penulis dan penyampai TV berasal dari British. Program ini memaparkan usaha Grylls untuk meneruskan hidup dan mencari jalan keluar dari hutan yang memerlukan beliau untuk bermalam di hutan tebal dan juga kawasan-kawasan pendalaman yang lain.
Terkini, kartunis Ujang, atau nama sebenarnya Ibrahim Anon turut mengendalikan program yang sama, tetapi bukan di Discovery Channel sebaliknya di saluran Youtube miliknya. Jika anda terhibur dengan lawak jenaka beliau melalui karya kartunnya dalam majalah Ujang, kami di Wanista.com juga yakin bahawa anda akan tidak kering gusi juga menonton video-video yang dimuatnaik melalui laman sesawang Youtube ini. Telah memuatnaik lebih daripada 10 video , video terbarunya yang diterbitkan pada 2 Februari 2014 ini telah menerima 10,737 hits dalam masa 5 hari .
Wanista.com kongsikan salah satu video Man vs Wild EDISI MELAYU untuk tontonan anda.