Supermodel jelita dari Australia, Miranda Kerr yang juga merupakan model Victoria Secret baru sahaja mengumumkan perlantikan beliau sebagai wajah baru H&M’s Spring Summer 2014 campaign. Berita ini telah diumumkan melalui akaun Twitter rasmi H&M.
Kerr sendiri turut mengumumkan sendiri perkara ini di akaun Instagram nya. Model berusia 30 tahun ini sebelum in pernah menjadi muse untuk jenama Mango. Gambar photoshoot rasmi untuk kempen ini dijangka akan dilancarkan pada Mac 2014.