Jika sesiapa yang menonton program rancangan hiburan, Maharaja Lawak Mega 2013 pada Jumaat lalu pasti ketahui akan kontroversi yang menimpa pelawak Nabil Ahmad. Nabil dikatakan langsung tidak mempunyai sensitiviti dengan lawak yang dipamerkannya apabila dengan beraninya mengaitkn kisah silam salah seorang juri tetap rancangan tersebut iaitu pelakon Luna Maya.
Nabil menjadikan Luna Maya sebagai salah satu ‘punchline’ dalam lawaknya. Dalam lawak Nabil menyebut “Saya google nama Luna Maya, saya jumpa gambar”, sekaligus mengundang kontroversi dan dia didakwa telah memburukkan nama aktres Indonesia itu.
Nabil menjelaskan perkara tersebut dengan mengatakan, “saya tak tahu dan sangat pelik kenapa peminat nak marah sangat Sepatutnya mereka bersikap lebih terbuka dan saya tiada cakap sebarang perkara yang mengaibkan Luna Maya. Saya cuma cakap, saya google nama Luna Maya, saya jumpa gambar”.
“Saya bukan nak hina dia sebab saya tahu itu masa silam dia. Saya pun pernah buat benda itu dan saya dah pernah kena dan sudah berubah pun. Tapi bila orang masih bercakap hal itu, saya tak kisah pun. Jadi, kenapa orang Malaysia ini nak kutuk saya semata-mata nak bela orang Indonesia yang mereka tak kenal pun siapa,” ulasnya. – via
Nak melawak atau hiburkan orang boleh tetapi lain kali janganlah sampai keterlaluan sehingga aibkan orang lain, hal silam orang lain dibukanya, Bukankah tidak elok berbuat begitu. Bak kata Jep Sepahtu, “biar tak lawak asalkan jangan biadap”.
Anda boleh lihat video di sini – ( Nabil , Nabil -Artis Jemputan )