Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysian Highway Authority (MHA) dan the Association of Highway Concessionaires, 23 lebuh raya akan memberikan diskaun dan rebat antara 5% hingga 37.5% sepanjang tempoh cuti Tahun Baru Cina.
18 lebuh raya akan menawarkan pelbagai diskaun kepada kelas satu kenderaan dari tempoh 30 Januari hingga 30 Februari. Antara yang terlibat ialah SMART, AKLEH, GUTHRIE, LKSA, DUKE, SKVE, KLK, LPT1, NPE, MEX, NNKSB, Besraya, SDE, LDP, SPRINT, LEKAS dan BORR(Butterworth).
Sepuluh daripada lebuh raya (SMART, AKLEH, GUTHRIE, LKSA, DUKE, MEX, NNKSB, LDP, SPRINT dan BORR) akan menawarkan diskaun untuk semua kelas kenderaan.
PLUS akan memberikan rebat 20% untuk kelas satu pemandu yang menggunakan SmartTAG dan Touch n Go di lima lebuh raya pada 29 Januari dan 4 Februari. Antaranya ialah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), SPDH, ELITE, KLBK dan LINKEDUA. Walaubagaimanapun, plaza tol Tanjung Kupang , Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar akan dikecualikan daripada tawaran rebat ini.
Tiga lebuh raya (GRANDSAGA, SILK dan LATAR) tidak akan memberikan diskaun, walaubagaimanapun, mereka akan menyerahkan 1,000 dan 1,500 kad Touch n Go kepada pengguna jalan raya dari Januari 31 tengah malam dan seterusnya. thestar.com.my