1. Menerangkan warna rambut
Madu mampu menerangkan warna rambut secara semulajadi. Campurkan madu dengan perapi rambut dan juga jus lemon. Sapukan pada rambut yang ingin anda terangkan.
2. Rawatan Rambut Kering
Rambut anda kering? Jangan risau kerana anda boleh mendapatkan rambut yang bersinar dengan menggunakan madu. Ambil satu sudu madu atau lebih ( ikut panjang rambut ) dan campurkan dengan air suam. Letakkan pada rambut dan biarkan seketika. Lakukan rawatan ini 2-3 kali seminggu.
3. Rawatan Rambut Gugur
Gantikan perapi rambut anda dengan perapi semulajadi menggunakan madu. Urutkan pada akar rambut seminggu sekali. Ia mampu mengurangkan rambut gugur buat wanita di luar sana.
4. Melebatkan rambut
Rambut anda hanya boleh bertahan lebih lama dengan madu. Madu adalah emolien, bermakna ia akan membuat folikel dan kulit kepala anda sihat. Madu adalah perapi yang baik dan apabila ia digabungkan dengan minyak zaitun ia akan membuatkan rambut anda lembut dan berkilat.