Bermula 3 Mac hingga 9 Mac 2014 depan, tiga bintang lagenda Malaysia iaitu Awie, Erra Fazira dan juga Ziana Zain bakal menggegarkan pentas Panggung Sari di Istana Budaya di dalam ‘Konsert Teaterikal Suara Kita’. Konsert yang bakal berlangsung selama 2 jam 30 minit ini akan memanifestasikan semula sorotan babak-babak dari filem ‘Sembilu’, ‘Sembilu 2’, ‘Tragedi Oktober’, ‘Maria Mariana 2’ dan ‘Merah’ sebagai teras dan latar penceritaan.
Kolaborasi tiga bintang seni di ‘Konsert Teaterikal Suara Kita’ ini bakal mengimbau episod kegemilangan filem Melayu pecah panggung yang pernah menggegarkan industri perfileman Malaysia suatu ketika dulu.
Awie merupakan penyanyi genre rock tanahair dan sinonim dengan kumpulan rock ‘Wings’ serta popular dengan lagu seperti Tragedi Oktober, Nur Nilamsari, Sejati dan sebagainya. Erra Fazira yang merupakan bekas ratu cantik Miss Malaysia 1992 kini merupakan seorang pelakon dan penyanyi yang disegani manakala Ziana Zain yang merupakan seorang penyanyi bersuara lantang merupakan seorang lagenda yang disegani serta kini menggalas sebagai duta produk pelbagai jenama kerana kecantikannya serta kewibawaannya sebagai seorang selebriti wanita popular di Malaysia.
Intisari Persembahan ‘Konsert Teaterikal Suara Kita’
Segmen Pertama
Persembahan akan dimulakan dengan segmen konsert yang menampilkan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain. Setiap mereka akan menyampaikan beberapa buah lagi dari album solo mereka. Rekabentuk hiasan pentas pula berkonsepkan ‘elegan’ bagi setiap artis serta paparan visual akan direka khas bagi menghidupkan ‘mood’ persembahan.
Segmen kedua – Teater Muzikal
Segmen kedua adalah pementasan teaterikal / muzikal hasil nukilan pelakon dan pengarah teater ternama iaitu Eirma Fatima. Naskhah beliau pada kali ini adalah garapan daripada 5 buah filem lakonan trio handalan Awie, Erra dan Ziana iaitu ‘Sembilu’, ‘Sembilu 2’, ‘Tragedi Oktober’, ‘Maria Mariana 2’ dan ‘Merah’ yang disusuli dengna lakonan pentas serta tarian dari filem-filem tersebut.
Harga Tiket
Tiket ‘Konsert Teaterikal Suara Kita’ bermula dari RM79 hingga RM499 dan boleh didapati di Kaunter BoxOffice Istana Budaya atau layari www.ticket2u.biz/. Ticketing Hotline: +603 41478600
Tiket berharga RM 79.00, RM 149.00, RM 199.00, RM 249.00, RM 299.00, RM 349.00, RM 399.00 & RM 499.00
‘ Post Party’ eksklusif ‘Konsert Teaterikal Suara Kita’
Para penonton yang membeli tiket berharga RM399 dan RM499 layak untuk mendapat jemputan khas ke majlis ramah mesra atau post party bersama tiga bintang ternama Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain pada hari terakhir pementasan, 9 Januari 2014, jam 9malam. Bayaran tambahan adalah sebanyak RM150 dan terhad kepada 500 orang penonton sahaja.