Ada segelintir daripada kita suka membeli belah secara atas talian atau online shopping. Ada banyak alasan baik jika anda penggemar online shopping. Boleh berjimat, tidak ambil masa yang lama, tidak buang masa dan pelbagai lagi. Tapi ada setengah orang bukanlah penggemar online shopping, pada mereka bila online shopping rasa tidak puas, tidak boleh pegang barang, tidak boleh sentuh dan bandingkan yang cantik dan tidak cantik. Takut bila dapat barang yang dibeli secara online, rasa tidak puas hati dengan kualitinya. Jadi kepada setengah orang itu, hari ini kami ingin senaraikan antara 4 sebab kenapa online shopping itu baik berbanding pergi ke pusat beli belah.
1. TIDAK PERLU BERATUR PANJANG
Okay, berita baik di sini buat kaki shopping. Anda tidak perlu beratur panjang bila online shopping. Hanya perlu duduk depan laptop, komuter atau telefon pintar anda dan pilih barang yang anda kehendaki. Mudahnya!! Jika anda ke pusat beli belah, anda perlu beratur dan tunggu giliran untuk membayarnya. Bukankah itu hanya buang masa sahaja. Lebih-lebih lagi bila musim perayaan, ya ampun ramainya manusia berebut beli barang, rasa tertekan sangat bila terpaksa beratur lama untuk bayar dan untuk cuba pakaian.
2. JIMAT WANG
Jangan ingat, bila anda pergi beli belah anda hanya keluarkan wang untuk membayar barang yang anda beli sahaja, Tunggu!! Anda perlu bayar tempat letak kereta, minyak, bayar tol jika jauh perjalanan, restoran untuk makan lagi. Bukankah itu semua sudah banyak untuk anda keluarkan wang, jadi cuba jimat dengan online shopping. Anda boleh makanan sambil pilih barang, anda boleh terbaring atau pelbagai lagi.
3. BOLEH PILIH DAN BAYAR
Perlu diingatkan bila online shopping, anda boleh pilih barang yang anda kehendaki dan terus membuat bayaran, anda juga punya banyak pilihan rekaan yang anda gemari. Bila rasa tidak puas, anda boleh baca komen pengguna lain ataupun ulasan produk tersebut. Jadi, ianya merupakan perkara yang menyenangkan sebelum anda buat bayaran.
4. ADA KELUARAN YANG EKSKLUSIF
Untuk pengetahuan anda, setengah laman web online shopping yang anda singgah punya keluaran eksklusif yang mungkin anda tidak perolehi di pusat beli belah. Bukankah ia merupakan perkara yang baik. Kadang-kala bila anda pergi pusat beli-belah, barang yang anda cari mungkin tidak dijumpai. Bila terjadi, ada jadi geram dan tertekan. Bukan itu sahaja, bila barang anda sampai, rasa gembira seperti menerima hadiah bukan!
Laman web online shopping yang boleh anda kunjungi