Baru-baru ini dalam sebuah temubual program The Ellen Degeneres Show, Kim Kardashian telah berkongsi gambar terkini anaknya, North West yang sudah masuk tujuh bulan. Menerusi gambar, North West banyak iras muka Kim berbanding Kanye. Mungkin baka Kardashian kuat pada North..hehe
Di kesempatan itu, Kim turut komen akan sikap panas baran Kanye yang telah menumbuk lelaki yang cuba menganggunya sewaktu sedang memasuki sebuah bangunan pejabat. Namun menurut Kim, di sebalik ‘keganasan’ Kanye, dia sebenarnya seorang bapa yang sangat penyayang.
“Dia bapa yang sangat mengagumkan. Dia benar-benar sayangkan North. Kanye baru sahaja meninggalkan kami atas urusan kerja luar dan saya menghantar gambar dan video North kepadanya. Dia berkata, North membesar begitu cepat! Walhal dia cuma pergi untuk satu hari dan tidak ada yang berubah,” jelas Kim.