Jumaat lepas, seorang rakyat Malaysia disahkan terbunuh dalam serangan berani mati di sebuah restoran di Kabul, Afghanistan. Perkara itu disahkan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kepada agensi berita Bernama.
Laporan mengatakan warganegara Malaysia yang terkorban itu bertugas sebagai perunding kepada Kementerian Kewangan Afghanistan, tetapi enggan memberikan nama mangsa kerana belum mendapatkan kebenaran daripada isterinya untuk berbuat demikian.
Dalam kejadian serangan berani mati dan tembakan rambang itu sekurang-kurangnya 21 orang dilapor terbunuh termasuk empat kakitangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 21 orang yang terbunuh termasuk 13 warga asing meninggal dunia dalam serangan berani, antara yang terkorban ialah dua rakyat Britain, dua warga Kanada, seorang wakil kanan Tabung Kewangan Antarabangsa dan pemilik restoran, dari Lubnan. – Sinar Harian