Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Tips

[ Penting ] Demam Denggi – Faktor, Simptom Dan Langkah Pencegahan

by Aida Sue
January 11, 2014
8.3k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

denggi

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak dan juga orang dewasa di kebanyakan negara hari ini. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

Kebiasaannya, demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah – break-bone fever) dan gatal-gatal.  Vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari virus denggi.

Cara demam denggi merebak

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan juga luar bandar. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit. Apabila nyamuk Aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk Aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.

Simptom demam denggi

Peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.

Kanak-kanak : demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.

Orang dewasa : sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.

tanda-demam-denggi

IKLAN

Pemeriksaan Kesihatan 

Pemeriksaan darah digunakan untuk membantu dalam diagnosis demam denggi. Kiraan sel platlet yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang tinggi lazimnya dikesan

Ujian serologi menawarkan kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan diagnosis klinikal demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis yang paling boleh dipercayai.

 Langkah pencegahan

Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah. Ia tidak boleh membiak di dalam air yang kotor.

demam-denggi

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:

  • Perlindungan dari gigitan nyamuk.
  • Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.
Fogging bermanfaat membunuh nyamuk Aedes dewasa untuk mencegah penyebaran demam berdarah.
Fogging bermanfaat membunuh nyamuk Aedes dewasa untuk mencegah penyebaran demam berdarah. ( Wikipedia )

Sumber : Unit Vektor, JKNPK dan Wikipedia

JKNPP_demam denggi_24x60in (1)

 

Tags: [ Penting ] Demam Denggi - Faktorcara cegah denggidemamdemam berdarahdemam denggidenggifaktor denggikementerian kesihatanpsaSimptom Dan Langkah Pencegahansimptom denggitanda demam denggi
Share3302SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

“OMG Berminyaknya” – Ini Cara Nak Stailkan Rambut Bangs Untuk Si Kulit Berminyak
Tips - Kecantikan

“OMG Berminyaknya” – Ini Cara Nak Stailkan Rambut Bangs Untuk Si Kulit Berminyak

January 3, 2022
5 Tips Untuk Si Ibu Cegah Puting Melecet, Barulah Proses Menyusu Lancar!
Tips

5 Tips Untuk Si Ibu Cegah Puting Melecet, Barulah Proses Menyusu Lancar!

December 24, 2021
Asyik Kalah Je, Ini Trick Main Mesin Yang Kuat Telan Duit Budak-Budak
Tips

Asyik Kalah Je, Ini Trick Main Mesin Yang Kuat Telan Duit Budak-Budak

December 23, 2021
Lelaki Kongsi ‘Benteng’ Elak Banjir, Buat Macam Ini Barulah Air Tak Masuk Dalam Rumah
Tips

Lelaki Kongsi ‘Benteng’ Elak Banjir, Buat Macam Ini Barulah Air Tak Masuk Dalam Rumah

December 21, 2021
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  3. 3

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  4. 4

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.