Kaedah yang digunakan pelajar China ini boleh dikatakan sangat unik dan menarik perhatian. Mereka sanggup mencuba pelbaagai kaedah berjaga malam bagi mengulang kaji pelajaran. Salah satunya cara yang digunakan pelajar ini.
Chen Tang berusia 20 tahun bertindak mengikat rambut pada ampaian yang digantung pada siling bilik mereka untuk mengelak daripada tertidur semasa mengulang kaji pelajaran sepanjang malam. Dia dan rakan sebiliknya, Huang Lu merupakan pelajar Universiti Pertanian dan Perhutanan Fujian, dalam wilayah Fuzhou yang terletak di tenggara China. Menurut mereka berdua, idea tersebut diperolehi daripada pembacaan buku sejarah yang menceritakan perbuatan serupa dilakukan oleh beberapa cendekiawan China.
“Chen begitu bersungguh-sungguh untuk lulus dalam peperiksaan sehingga dia sanggup menyangkut rambutnya supaya tidak terlelap semasa mengulang kali pelajaran,” kata Tang. – VIA