Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

67% Ibubapa ‘Update’ Status Facebook Mengenai Anak Mereka Sahaja

by Aida Sue
January 10, 2014
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

photo (5)

“Banyaknya update pasal anak dia kat Facebook” , mungkin omelan ini kedengaran agak ‘normal’ bagi anda yang berumur 20an ke atas yang mempunyai ramai sahabat atau saudara yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak di laman sosial Facebook. Menurut tinjauan yang dijalankan oleh VoucherCodesPro.co.uk, lebih daripada 67% ibu bapa kanak-kanak dan bayi di UK mengemaskini status Facebook khusus mengenai anak-anak mereka atau kehidupan keluarga.

Seramai 2,204 ibu bapa dari UK dengan sekurang-kurangnya seorang anak yang berumur sepuluh tahun dan di bawah telah ditinjau semasa kajian itu, dan semua peserta mengesahkan bahawa mereka adalah pengguna aktif Facebook. Peserta pada mulanya diberikan soalan berapa kerap mereka menulis status, maklumat terkini dan gambar-gambar mengenai / anak-anak mereka di Facebook.

Lebih daripada separuh (56%) daripada ibu bapa mengakui mereka melakukan perkara ini sekurang-kurangnya setiap minggu, dan 28% daripada mereka melakukannya pada setiap bulan. Hanya 8% daripada mereka berkata tidak pernah berkongsi status yang hanya memberi tumpuan kepada anak-anak mereka. Apabila mereka ditanya, 83% daripada mereka berkata ia adalah untuk privasi dan keselamatan supaya mereka boleh melindungi anak-anak mereka. Sebaliknya, 67% daripada ibu bapa yang mengambil bahagian di dalam tinjauan ini mengakui mereka hanya memuatnaik status Facebook mengenai topik keibubapaan atau yang berkaitan.

Apabila ditanya adakah mereka pernah terfikir bahawa aktiviti media sosial mereka mungkin mempunyai kesan ke atas anak-anak mereka dan menyebabkan mereka malu pada kemudian hari dalam kehidupan, 51% daripada ibu bapa mengakui bahawa mereka telah memikirkan mengenai hal itu, dengan majoriti ibu bapa (66% ) mengakui bahawa mereka akan berhenti mengemaskini status mengenai anak-anak jika anak-anak mereka meminta mereka berbuat demikian.

Selain itu, ibu bapa yang ditinjau mengakui mereka menghantar status untuk bermegah tentang pencapaian mereka dan anak mereka. Tetapi yang menghairankan, ramai ibubapa iaitu lebih 59% mengaku mereka telah menyembunyikan atau unfriend rakan Facebook yang tidak henti-henti memuatnaik status tentang anak-anak mereka.

Antara muatnaik status terkini ibu bapa muda ini adalah :

1.  Memuatnaik status mengenai pencapaian mereka dan anak mereka (perkembangan anak, memenangi pertandingan, anugerah sekolah dan lain-lain) – 53%

2. Kemaskini  biasa pada setiap hari (apa yang anak makan / anak ke tandas / anak bercakap mengenai hal lucu dan pelbagai lagi , pokok pangkalnya semua berkaitan dengan anak ) – 46%

3. Soalan dan juga sokongan serta kata-kata nasihat daripada ibu bapa lain di Facebook – 42%

4. Gambar-gambar atau video kanak-kanak untuk dokumentasi dalam pelbagai peringkat sejak zaman kanak-kanak – 36%

5. Menggunakan kumpulan keibubapaan  / notis untuk menjual barang-barang yang tidak diingini dan mencari tawaran murah – 23%

Rasanya tinjauan ini bukan sahaja mengenai ibubapa bukan hanya di UK, malah di Malaysia dan juga serata dunia sama walaupun tidak ada tinjauan dilakukan. Tetapi anda mempunyai pilihan untuk tidak membaca status mereka dengan pilihan ‘hide status’ di Facebook ataupun unfriend sahaja mereka.

– VIA 

Tags: 67% Ibubapa Update Status Facebook Mengenai Anak Mereka Sahajafacebookibu bapa di facebookkajian facebookstatus fb bosanupdate status anak di fbupdate status fb
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Opie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Opie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.