Tahukah anda apakah trend fesyen terkini untuk lelaki di Jepun? Memang kedengaran agak pelik, tetapi fesyen coli dan juga seluar dalam berenda khas untuk lelaki adalah trend terhangat di Jepun ketika ini. Sebuah butik online di Jepun ,Wish Room Men’s , telah mula menjual pakaian dalam seperti coli, seluar dalam dan juga baju tidur berenda dan diperbuat daripada fabrik sutera yang sama seperti pakaian dalam wanita tetapi sebenarnya bertujuan untuk dipakai oleh lelaki.
Butik online tersebut yang menjual barangan di portal Rakuten menjual pakaian dalam yang pelik dengan saiz yang lebih besar yang sesuai dipakai oleh lelaki dengan menampilkan corak bunga, renda dan juga underwire pada coli. Set pakaian dalam unik itu boleh dibeli di Rakuten dengan harga serendah RM60 setiap pasang manakala baju tidur satin pula dijual pada harga RM180 sehelai.
Berikut kami kongsikan gambar pakaian dalam lelaki yang dijual di butik online tersebut.