Rambut ala Korea! Apa yang anda fikir di benak fikiran? Rambut yang berwarna-warni dengan pelbagai jenis potongan. Mungkin disebabkan kulit wajah mereka yang putih bersih menyebabkan warna rambut apa sekalipun sangat cantik dan sesuai dengan mereka. Cuba bila kita gayakan rambut sedemikian, mesti pelik dan nampak semacam. Tapi masih ada setengah gaya rambut mereka boleh dikatakan bersesuaian dengan kulit kita. Kami senaraikan beberapa rambut ala Korea yang boleh anda jadikan inspirasi dan ini antara koleksi rambut Korea yang terkini, banyak artis Korea gayakan rambut sebegini.
Berdasarkan pemerhatian penulis, banyak artis wanita Korea mengenakan potongan pendek paras bahu – menampakkan diri mereka lebih muda dan sedar. Potongan panjang mengurai – kelihatan lebih seksi.
Bagi lelaki pula, mereka suka gaya bangs – menutupi dahi. Cadangan penulis, sentiasa lihat perubahan gaya rambut G Dragon, sentiasa ubah ikut keadaan semasa.
Kami kongsikan sekali tutorial bagaimana mendapatkan rambut ala Korea
EXO LUHAN