Hendak menjadi peserta akhir dalam pertandingan seperti Asia Next Top Model merupakan satu perkara yang bukan mudah kerana persaingan cukup sengit, setiap invididu memberikan kelainan yang tersendiri jadi apabila terpilih antara 16 peserta akhir Asia Next Top Model Cycle 2, ia perkara yang sangat membanggakan. Tahniah buat Josephine Yee dan Sheena Liam, dua rakyat Malaysia yang tersenarai antara 16 peserta Asia Next Top Model Cycle 2.
Josephine dan Sheena masing-masing 22 tahun merupakan model bebas bakal menghiburkan anda di Asia Next Top Model Cycle 2 yang sudah pun memulakan siaran semalam (8 Januari) di Astro Star World. Untuk pengetahuan anda, proses pemilihan untuk memasuki Asia Next Top Model sangat rumit dan suatu proses yang panjang di mana mereka harus menentang gadis-gadis serantau untuk mengecapi impian mereka menjadi supermodel.
Sheena pernah memasuki Asia Next Top Model Cycle 1 tetapi tidak berjaya menjadi peserta akhir manakala Josephine pula merupakan Ratu Miss Earth Malaysia 2013. Jadi, sokong Josephine dan Sheena di Asia Next Top Model Cycle 2 yang bersiaran di Star World (Astro Ch 711 / HD Ch 722).