Doc McStuffins, siri Disney Junior yang tidak asing lagi, kembali untuk musim kedua bersama siri terbaru The Doc Files bermula 14-19 Januari, dari hari Selasa hingga Ahad, pada 9.00 pagi (siaran ulangan pada 1.30 petang dan 8 malam), memulakan tahun baru dengan penuh keseronokan di Disney Junior (ASTRO Saluran 613).
Doc McStuffins ialah siri animasi imaginasi tentang ‘Doc’, anak gadis berusia enam tahun yang cuba untuk merawat dan membaiki semua haiwan dan permainan yang rosak di rumah dan perjiranannya. Siri ini menyampaikan mesej penting kepada penonton tentang kepentingan menyangi diri sendiri dan orang lain. Pada musim baru ini, Disney Junior akan menampilkan suara pelakon jemputan terkenal seperti Geena Davis (“A League of Their Own”), Jeffrey Tambor (“Arrested Development”), Tony Hale (“Arrested Development”), Molly Shannon (“Saturday Night Live”), pelakon yang memenangi anugerah Sutton Foster (“Anything Goes”), Amy Sedaris (“Strangers with Candy”) dan Peter MacNicol (“Grey’s Anatomy”).
Misi Doc untuk merawat dan menjaga semua haiwan dan permainannya menggabungkan impian setiap anak kecil agar barang permainan mereka dapat bernyawa dengan pengajaran penting tentang kesihatan dan kesejahteraan, serta mengurangkan rasa takut anak kecil sewaktu berjumpa doktor.
Berikut adalah beberapa tip dari Doc yang dikongsikan dalam siri ini:
• Basuh tangan dengan betul: “Basuh tangan anda untuk mengelak jangkitan kuman di kalangan kawan-kawan”
• Berus gigi anda setiap pagi dan sebelum tidur: “Berus gigi anda supaya nafas berbau segar”
• Sentiasa hidrat: “Minum banyak air, terutamanya jika cuaca di luar panas.”
• Makan betul: “Makan makanan yang sihat untuk badan dan berhenti makan sebelum anda terlalu kenyang.”
• Dapatkan tidur yang cukup: “Anda bertambah kuat jika lebih berehat. Anda perlukan tenaga untuk menjadi gembira dan sihat.”
• Sentiasa aktif: “Anda perlu kerap keluar. Jangan hanya terperap di rumah. Mari kita bermain di luar; main sorok-sorok, membaling bola, berpiknik…”
• Beritahu doctor segalanya: “Doktor perlu mengetahui masalah anda, barulah dia dapat membantu anda.”
• Ikut arahan doktor: “Mereka membantu menjadikan anda sentiasa sihat.”