Perjalanan terhebat dan termahal di dunia yang dibuat oleh VeryFirstTo.com ini memerlukan lebih £ 445,000 atau RM2juta setiap orang untuk memulakan pengembaraan. Pengembaraan ini akan pergi ke semua 962 tapak warisan di seluruh dunia yang kini diiktiraf oleh UNESCO, termasuk 28 tempat di Britain dan 21 di Amerika Syarikat. Antara yang paling terkenal adalah termasuk Stonehenge, Piramid Giza, Easter Island, Machu Pichu, Katedral Notre Dame, dan Vatican City.
Walaupun ada pihak yang melarang untuk ke beberapa Tapak Warisan Dunia, seperti Aleppo, Pasargadae di Iran, Leptis Magna di Libya, dan ibu negara Yaman, Sana’a, syarikat itu berkata mereka akan cuba untuk memenuhi keperluan bagi orang-orang yang berkeras untuk melawat setiap tarikan.
Perjalanan termahal di dunia itu termasuk perjalanan darat dan penerbangan (dalam kabin kelas perniagaan atau lebih tinggi), manakala lawatan tapak yang berbeza akan dibawa oleh pemandu pelancong yang berpengalaman. Penginapan pula adalah di hotel-hotel mewah, termasuk Sandy Lane di Barbados, Hotel George V di Paris, The Plaza Hotel di New York, Cipriani di Venice , The Ritz-Carlton di Moscow, dan Taj Mahal Palace di Mumbai. Perjalanan itu juga bakal membuat lawatan ke tempat bersejarah di Malaysia iaitu di Gunung Mulu National Park, Kinabalu Park, Melaka dan George Town, dan di bandar Lenggong.
Perjalanan tersebut perlu disertai sekurang-kurangnya dua orang, dan termasuk derma UNESCO RM20,000. Laman web VeryFirstTo.com bekerjasama dengan pengendali pelancongan untuk merangka jadual perjalanan. Pengalaman lain ditawarkan oleh VeryFirstTo.com termasuk perjalanan ke angkasa ( RM300,000), dan peluang untuk bangun pagi dan dikelilingi oleh lebih daripada satu juta kelopak mawar (RM330,000).