Sebelum ini ramai pelakon wanita yang telah berubah mengenakan tudung dan hijab dan tak kurang juga berubah menjadi sebaliknya. Apa yang kami nak kongsikan dengan anda adalah mengenai pelakon Puteri Sarah yang katanya sedang dalam proses berhijrah dan bertudung.
Puteri Sarah, 28, berkata, dia kini dalam proses percubaan memakai tudung dan berazam untuk berimej tersebut dalam tempoh terdekat. Walaupun begitu, dia tak sepenuh memakai tudung kerana masih dalam proses dan kalau keluar rumah, dia lebih selesa mengenakan selendang. Ada suara kurang enak mengatakan dia berubah kerana kecewa putus cinta dengan kekasihnya pelakon Ammar Alfian tahun lalu tapi mengikut kata Sarah, itu bukan menjadi penyebabnya. Puteri Sarah berkata, dia sering meminta pendapat cara pemakaian tudung daripada pelakon jelita Natasha Hudson (Tasha). Jom kita tengok gambar Puteri Sarah mengenakan tudung yang ayu lagi manis.
IKLAN
sumber gambar : Puteri Sarah Liyana FB