Penyanyi pop terkenal, Jamal Abdillah bakal mengadakan konsert amal di The Royale Bintang Resort & Spa Seremban pada 19 April ini. Kutipan amal konsert solo itu akan disumbangkan kepada Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk mengubah suai dan menaik taraf taman permainan kanak-kanak hospital berkenaan.
Konsert tersebut akan bermula jam 8.30 malam dan dijangka kira-kira 1,200 orang akan menghadiri konsert amal tersebut.
Sementara itu, Jamal berkata, beliau akan mendendangkan kira-kira 20 buah lagu popularnya dalam pelbagai jenis genre muzik pada konsert itu yang akan berlangsung selama dua jam. Persembahan beliau akan diiringi pemuzik profesional dan beliau berharap penonton akan terhibur dengan persembahanannya nanti.
Tiket berharga RM350, RM180 dan RM99 boleh didapati di pejabat jualan hotel itu mulai sekarang. Bagi anda yang ingin membuat tempahan atau membeli tiket boleh menghubungi pejabat jualan The Royale Bintang Resort & Spa Seremban menerusi talian 06-766 6666 / 06-766 6888 / 06-766 6210 / 06-766 6208.