Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

[ Keluarga ] Hargai anak anda : Penting bagi ibubapa elak 6 perkara ini dalam mendidik anak

by Aida Sue
March 13, 2013
6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

keluarga

Ayat-ayat negatif adakalanya keluar dari mulut ibubapa tatkala mereka stress, marah, atau ada masalah peribadi. Ada ibubapa yang rasa apabila mereka ditimpa masalah, kehadiran anak-anak yang masih kecil terutamanya menjadi suatu beban pada mereka. Stress yang dialami ibubapa secara tak langsung akan mengakibatkan ibu bapa bersikap negatif pada anaknya.

Ibubapa sekalian, anak-anak juga memerlukan penghargaan dari anda. Ketika anda terus menekan mental anak anda dengan sikap negatif anda, maka anak anda akan menjadi seseorang yang penuh fikiran negatif dalam dirinya. Pelbagai kesan negatif boleh timbul pada kanak-kanak akibat perlakuan negatif dari ibubapanya. Ini adalah beberapa kesan yang akan diterima kanak-kanak ketika ibubapa sering melemparkan sikap negatif terhadap mereka.

Penolakan/pengabaian dari ibu bapa

Ibu bapa yang tertekan akan masalah-masalah yang ada, akan seringkali melakukan penolakan ( rejection ) pada anaknya. Ketika kanak-kanak merasa terabai oleh orang tuanya, ia akan tumbuh dengan sifat kurang percaya diri sehingga ia mencari perhatian dari lingkungan sekitarnya dengan berbagai macam cara untuk menjadi perhatian. Ada anak-anak yang menggunakan cara negatif untuk mendapat perhatian dari ibubapa mereka.

Penerapan nilai moral yang ketat dan keras ( over control )

Orang tua selalu ingin anaknya agar dewasa kelak menjadi orang yang baik dan cemerlang. Mereka tidak mahu anak-anak mereka mengulangi kesalahan yang pernah mereka lakukan sehingga seringkali menerapkan nilai-nilai moral pada anak dengan ketat dan keras dan over control. Kes seperti ini akan mengakibatkan anak menjadi sering merasa bersalah dan berdosa, serta mengalami konflik batin dalam dirinya sendiri sehingga ia akan merasa kurangnya harga diri.

Pendisiplinan yang Terlalu Keras

Penerapan aturan oleh ibubapa ketika mereka mendisplinkan anak adakala melampaui batas seperti rotan dengan teruk ataupun didera. Jika ibubapa tidak dapat mengawal diri dalam mendisiplinkan anak mereka, hal ini dapat membuat anak yang mempunyai peribadi yang sering menyalahkan diri sendiri serta memerlukan dorongan orang lain untuk menyelesaikan tugasnya. Anak anda juga akan membesar dengan rasa kebencian dan amarah dalam hatinya.

Penerapan Cita-Cita/ harapan yang Terlalu Tinggi pada Anak

“Orang tua selalu menginginkan yang terbaik bagi anaknya” adalah sebuah kalimat yang sering diucapkan oleh ibubapa. Namun kalimat tersebut hanyalah sebuah justifikasi atas cita-cita mereka terhadap anak-anak mereka . Anak yang membesar dengan cita-cita orang tuanya yang terlalu tinggi akan mempunyai peribadi yang idealis yang tidak realistik. Dia akan sering kecewa dan merasa berdosa kerana kegagalannya. Ada anak-anak yang tertekan apabila ibubapa terlalu menaruh harapan yang tinggi dan ada yang bunuh diri kerana tak mampu hadapi tekanan.

Perkahwinan yang Tidak Harmoni

Stress yang dialami ibubapa adakalanya membuat kedua-duanya saling menyalahkan atas keadaan mereka, membuat hubungan menjadi tidak harmoni dan penuh pertengkaran. Anak yang membesar dalam persekitaran seperti ini akan mempunyai sikap dan eribadi yang cemas, stress, dan kurang percaya diri sendiri. Selain itu, sia juga akan menghadapi kesukaran untuk percaya pada orang-orang di sekitarnya.

Perceraian (Broken Home / Divorce)

Orang tua yang memutuskan untuk berhenti memperjuangkan keluarganya dan mengambil jalan perceraian seringkali membuat anak membesar menjadi seseorang yang sering merasa tertekan dan cemas. Dia akan merasa rendah diri dan terumbang-ambing antara kesetiaan terhadap ayah atau ibunya. Selain itu, kanak-kanak tidak akan mempunyai idola atau model idaman yang boleh  dijadikan contoh sehingga membuatnya mempunyai keperibadian yang rapuh.

Menjadi ibu bapa sememangnya bukan satu tugas yang mudah. Banyaknya masalah mungkin seringkali timbul dan membuat anda merasa tidak mampu untuk menjadi role model yang baik. Tetapi apabila Tuhan sudah menganugerahkan kurnia anak kepada anda, itu bererti Dia percaya bahawa anda boleh mengharunginya. Hargailah kehadiran anda walaupun seringkali anda tertekan. Anak itu rezeki, jadi hargai mereka seperti anda menghargai rezeki yang telah dikurniakan oleh Tuhan.

Tags: anakdidik anakdidikanhargai anak andaibu bapaibubapa elak perkara iniislamkeluargakeluarga bahagiakeluarga islam bahagianasihatpendidikantips keluargatips keluarga bahagia
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Times of India
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Opie Azizlan
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Foto - Smita Tandon, MD
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Opie Azizlan
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Opie Azizlan
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Opie Azizlan
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.