Promosi hebat buat pelajar-pelajar di luar sana! Kali ini Sunway Lagoon mengadakan promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ tiket masuk ke Taman Tema Sunway Lagoon. Promosi ini hanya untuk pelajar-pelajar universiti dan kolej dengan kad pelajar yang sah.
Promosi ini tidak boleh dibeli dengan harga Mykad. Maknanya, anda harus membeli tiket pass masuk dengan harga biasa iaitu RM120 untuk dewasa. Pelajar harus mempamerkan kad pelajar di kaunter pembelian tiket.
Beli 1 Percuma 1 Tiket ke Taman Tema Sunway Lagoon
1 Mac 2013 – 31 Julai 2013
10 am – 6 pm (Isnin hingga Jumaat sahaja)
**Promosi ini tidak sah semasa hari cuti umum Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini, sila layari www.sunwaylagoon.com atau hubungi +603- 5639 000.