Ed Stafford yang merupakan seorang bekas kapten tentera British mengalami nasib yang sama seperti hero filem Castaway , Tom Hank yang terdampar di pulau apabila kapal terbangnya terhempas. Kisahnya bermula apabila dia memasuki hutan Peru pada tahun 2008. 860 hari kemudian, dia berjaya mencipta nama dengan menjadi manusia pertama yang berjaya berjalan kaki di hutan Amazon di benua Amerika Selatan itu. Pelbagai rintangan yang terpaksa beliau hadapi semasa pengembaraan itu seperti kebuluran, ditahan orang asli, digigit kala jengking dan bermacam lagi. Dia tetap meneruskan pengembaraannya meskipun ada penajanya yang menarik diri dan segala usahanya berhasil apabila mempunyai siri televisyen sendiri di Discovery Channel dan buku best seller Walking The Amazon.
Kemudian dia cuba mencabar dirinya sendiri apabila menyuarakan hasrat untuk cuba hidup di pulau berseorangan selama 60 hari tanpa pakaian atau apa-apa kecuali kamera.
Misinya bermula di pulau terpencil Olorua di tengah lautan Pasifik dan pulau terdekat yang mempunyai perkampungan adalah sejauh 8 batu nautika dari pulau Olurua.
Fakta menarik mengenai misi Ed Stafford
1. Membina tempat berteduh dari pokok setelah berusaha memotong pokok tersebut dengan cangkerang selama 11 hari.
IKLAN
2. Berjaya menyalakan api selepas 2 minggu.
3. Membuat anak panah dan panah untuk memburu kambing hutan untuk makanan tetapi gagal. Terpaksa membunuh kambing dengan lembing selama 15 minit apabila tanduk kambing itu tersangkut semasa mencari makanan.
4. Makanan seekor kambing selama 8 hari dan kemudian hari berikutnya dia menikmati siput mentah sebagai hidangan.
5. Setiap hari dia melakukan pelbagai senaman untuk meningkatkan staminanya.
6. Lumpur dari sungai merupakan bahan terbaik untuk dijadikan pelindung matahari.