Bukan main lagi ustaz popular , Ustaz Azhar Idrus ( UAI ) sekarang ni.. Kalau sebelum ini tak menang tangan memberikan ceramah agama sampai ke Singapura, tetapi kali ini lain pula tawaran yang UAI dapat. Menurut akhbar Mstar Online, Ustaz dikatakan telah mendapat tawaran berlakon filem arahan pengarah muda yang berbakat iaitu Pierre Andre yang bertajuk Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.
Buah tangan terbaru Pierre Andre itu bukan saja bakal menampilkan UAI , tetapi juga kumpulan pelawak Shiro. Selain Shiro dan Ustaz Azhar Idrus, filem terbitan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) itu turut menampilkan pelakon seperti Zalif Sidek dan Along (Raja Lawak).

Filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang berkisarkan tentang seorang pemuda yang tiada hala tuju dalam hidup dan selalu dibuang kerja dan tak pernah mengambil berat mengenai dirinya sendiri. Jadi bermula la pelbagai adegan dimana nanti pemuda ini bersama rakannya berjumpa dengan sinar keinsafan dan mahu kembali ke pangkal jalan.
Kalau benarlah UAI berlakon filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang. , mungkin lepas-lepas ni agaknya banyak lagu tawaran berlakon yang bakal diterima ustaz. Hehe!