Petang semalam telah berlaku insiden tembak menembak di tiga lokasi di kampung Tanjung Batu, Lahad Datu semasa operasi penggeledahan dilakukan. Bagaimanapun, tiada anggota keselamatan yang cedera dalam kejadian itu dan tiada yang dijadikan tawanan pihak musuh setakat ini. Penggeledahan dibuat sejurus selepas serangan udara dilancarkan kelmarin dengan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama oleh pihak keselematan negara.
Operasi penggeledahan menemui satu kawah besar yang mengandungi sembilan mayat. Mayat itu ditutup dengan kayu dipercayai ditanam oleh kumpulan pengganas sebelum mereka berjaya menyelinap keluar meninggalkan Kampung Tanduo kelmarin.
Berhubung dengan itu, polis telah menahan empat orang lelaki berusia antara 20-an dan 50-an yang dipercayai menjadi tali barut pengganas dari Sulu dalam kejadian serang hendap yang berlaku di Kampung Sri Jaya pada Sabtu lalu.
Mereka ditahan selepas pihak polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti mencurigakan di dua rumah di kampung berkenaan. Pada mulanya pihak polis menyangka mereka hanyalah penagih dadah namun selepas siasatan lanjut didapati berkemungkinan besar lelaki itu ada kaitan dengan kejadian serang hendap di Kampung Sri Jaya yang mengorbankan enam nyawa pegawai dan anggota polis yang berjuang demi pertahankan negara ini.
Kata kawasan yang berkenaan sudah dikepung, bagaimanapun pengganas-pengganas tu senang-senang boleh larikan diri?