Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Isu Semasa ] Pulau Pinang umum bina terowong laluan bawah laut bernilai RM6.3bilion

by Aida Sue
March 5, 2013
27
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

penangdev

Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion bagi menghubungkan Gurner Drive di pulau dengan Bagan Ajam sebelah tanah besar. Ia bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pembinaan itu akan menghubungkan Seberang Perai Utara dengan pulau bagi memajukan kawasan itu selaras dengan kepesatan pembangunan sejak kebelakangan ini.

“Walaupun Seberang Perai Utara dikuasai pembangkang Umno dan BN namun Kerajaan Pakatan Rakyat tetap meningkatkan kemajuan di situ demi rakyat bukan kerana dendam politik.

“Kita mencadangkan laluan ketiga di situ di mana Terowong Dasar Laut menghubungkan Gurney Drive dan Bagan Ajam yang menelan belanja RM6.3 bilion hasil pelaksanaan tander terbuka berbanding kos asal RM8 bilion diera pemerintahan BN,” tegasnya.

IKLAN

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Agenda Ekonomi Saksama (AES) yang diadakan di Dewan Haji Ahmad Badawi, Butterworth pagi tadi.

Beliau percaya pembinaan itu nanti akan memberikan lonjakan ekonomi pada penduduk Seberang Perai Utara di samping memberikan peluang pekerjaan yang cerah kepada anak-anak muda. Menurut Lim, walaupun sedar cadanganya menimbulkan kemarahan sesetengah pihak ekoran tidak menerima cadangan mereka yang mahukan kerajaan negeri mengenakan bayaran kepada kenderaan yang ingin memasuki Georgetown. Mereka mendakwa cara tersebut, akan mengurangkan kesesakan serta berpeluang menambah pendapatan negeri.

“Kita tidak akan gunakan pendekatan mereka kerana ia akan menimbulkan kemarahan rakyat. Lebih baik kita buat terowong kerana ia dapat memberikan beberapa keistimewaan sebagai tarikan pelancung, ” ujarnya.

Kontraktor berpengalaman telah dilantik untuk melaksanakan projek tersebut, jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Air Putih, Balik Pulau.

Tags: isu semasalim guan engpenangpenang traffic allevation planpulau pinangterowongterowong bawah lautterowong bawah laut pulau pinang
Share11SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

December 27, 2021
#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

December 20, 2021
#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

December 20, 2021
“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

December 16, 2021
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.