Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Hiburan Gosip Tempatan

[ Gosip Tempatan ] Artis program realiti ditahan reman kerana tuduhan rogol

by Aida Sue
February 6, 2013
34
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

realititv

Polis semalam mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman selama dua hari ke atas seorang penyanyi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogol teman wanitanya di sebuah rumah di Ukay Perdana dekat sini Ahad lalu.

Artis lelaki berusia lingkungan 25 tahun yang pernah menjuarai sebuah program hiburan realiti popular sekitar 2010 anjuran sebuah stesen televisyen itu direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jalaluddin berkata, tempoh dua hari itu akan digunakan sepenuhnya oleh polis bagi mendapatkan maklumat berkaitan kes tersebut.

Polis menahan artis tersebut pada pukul 12 tengah hari di Taman Melati dekat sini kelmarin setelah teman wanitanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berhubung kejadian tersebut.Mangsa mendakwa kejadian itu berlaku pada pukul 12.40 tengah hari 31 Januari lalu ketika dia berada di rumah suspek. Ketika kejadian, ahli keluarga suspek tiada di rumah dan mangsa tidak melawan kerana bimbang akan dicederakan.

IKLAN

Juara program nyanyian realiti televisyen Mentor 4 pada tahun 2010 adalah protege Ziana Zain iaitu Mohd ( tak mungkin Mohd sebab dalam gambar suspek, warna kulit agak cerah manakala Mohd pula berkulit agak gelap ) 

Manakala juara program Akademi Fantasia  8 pada tahun 2010 pula adalah Shahir ( tak mungkin )

Untuk siri realiti televisyen yang lain seperti Gangstarz ( tamat pada tahun 2008 ), Vokal bukan Sekadar Rupa ( bermula pada tahun 2011 ) , Malaysian Idol ( hanya pada  tahun 2004 dan 2005 ) dan lain- lain. ( sumber Wikipedia )

Adakah dari program realiti televisyen lain seperti lakonan?  Jadi siapa?

Tags: Artis program realitiArtis program realiti rogolgosip hiburangosip tempatangosip terkinimohd mentormohd zatulprotege ziana zainshahir af8siapa Artis program realiti rogol
Share14SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

“Patutlah Melekat, Setia Je”- Bekas PA Dedah Nur Sajat Bayar Jadoos RM1700 Setiap Bulan
Gosip Tempatan

“Patutlah Melekat, Setia Je”- Bekas PA Dedah Nur Sajat Bayar Jadoos RM1700 Setiap Bulan

January 6, 2022
“Ini Anak Saya!” – Bela Anak Patung Macam Anak Sendiri, Netizen Dakwa Ivan Gunawan Ikut Ajaran Sesat
Gosip Tempatan

“Ini Anak Saya!” – Bela Anak Patung Macam Anak Sendiri, Netizen Dakwa Ivan Gunawan Ikut Ajaran Sesat

December 30, 2021
Disoal Tentang Sambutan Krismas Di London, Ini Kata Ezurin Khyra Pada Netizen
Gosip Tempatan

Disoal Tentang Sambutan Krismas Di London, Ini Kata Ezurin Khyra Pada Netizen

December 30, 2021
Anjur Majlis Berinai Tema Bollywood, Netizen Selar Uqasha Senrose & Kamal Adli ‘Lupa’ Budaya Melayu
Gosip Tempatan

Anjur Majlis Berinai Tema Bollywood, Netizen Selar Uqasha Senrose & Kamal Adli ‘Lupa’ Budaya Melayu

December 29, 2021
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Tampil Manis & Simple, Baju Pengantin Nurul Izzah Rupanya Direka Oleh…

  2. 2

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  3. 3

    #DIVAKongsi 5 Kedai Buku Jadi Hot Spot Wajib Untuk OOTD Instagram!

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.