Ini merupakan lawak April Fool 2012 daripada Groupon Malaysia! Kita semua tahu bahawa Unicorn tu tak wujud dan hanyalah mitos semata-mata. Tetapi Groupon Malaysia telah membuatkan rakyat Malaysia terdiam dan berfikir seketika.
Laman rasmi Groupon Malaysia menarik perhatian bagi mereka yang gemarkan keunikan dan sesuatu yang luar biasa apabila menawarkan perkhidmatan menunggang Unicorn dengan harga RM 9 juta! Harga itu pun selepas ditolak dengan diskaun sebanyak 57%.
Unicorn yang diimport ini turut disertakan dengan kenderaan angkut berupa sebuah labu seperti yang anda pernah tonton dalam filem kanak-kanak, Cinderella. Selain daripada itu, anda akan dipandu oleh mereka yang berpengalaman bekerja selama 500 tahun.
P/S : Ini sebenarnya lawak April Fool 2012. Hanyalah untuk suka-suka. Kita sendiri tahu Unicorn tu tak wujud. Yang korang pergi percaya tu buat apa? Sendiri pun terkena sebenarnya haha 🙂