Tiap kali birthday atau ada hari-hari istimewa yang berkaitan dengan orang tersayang ni mesti serabut kepala nak fikir tentang hadiah kan? Terutamanya nak pilih hadiah untuk lelaki! Maklumlah lelaki ni sebenarnya lagi cerewat kalau nak dibandingkan dengan kaum wanita. Itulah hakikat yang sebenarnya! Peace no war ye wahai lelaki di luar sana.
Jadi harini kami nak berkongsi antara hadiah-hadiah yang selalu menjadi pilihan si wanita untuk teman istimewanya.
Minyak wangi
Minyak wangi merupakan salah satu ‘senjata’ rahsia untuk memikat atau menarik perhatian seseorang, tidak kiralah sama ada lelaki ataupun perempuan. Biasanya lelaki yang gemarkan minyak wangi ni mempunyai imej yang kemas dan bersih. Minyak wangi sangatlah sesuai untuk dijadikan hadiah kepada si dia. Tetapi anda perlu ingat bahawa bukan semua lelaki yang suka pakai minyak wangi!
Wallet
Ini merupakan antara pilihan hadiah yang paling famous! Lelaki dengan walletnya mana boleh dipisahkan. Wallet tu sebenarnya dah macam nyawa kedua bagi mereka. Biarlah isi dalam wallet itu kosong, yang penting wallet sentiasa kena ada dengan mereka. Kaum lelaki jarang pakai wallet cap ayam, jadi anda janganlah belikan mereka wallet yang macam tu. Biar murah harganya, asalkan bukan cap ayam! Lagipun, tak semua barang mahal kualitinya bagus dan ada juga barang murah kualitinya jauh lebih baik daripada barang mahal!
Jam
Jam merupakan salah satu aksesori yang dianggap wajib dipakai oleh kaum lelaki. Bagi mereka, jam bagaikan pelengkap untuk imej yang kemas, bergaya dan macho. Ada sesetengah kaum lelaki, sanggup berbelanja besar hanya untuk seutas jam tangan. Tapi kalau anda nak belikan hadiah untuk si jejaka idaman anda tu jangan la pula anda sampai ikat perut beli jam beribu-ribu untuknya pula. Pilihlah sesuatu yang berpatutan harganya. Jangan ada niat hendak menunjuk-nunjuk. Yang penting niat tu kena betul!
Baju
Orang kata bila bercinta ni tak elok bagi baju kepada pasangan kerana nanti hubungan pasangan tu tak kekal lama. Kita kena ingat bahawa jodoh adalah kuasa Tuhan. Tak salah pun sebenarnya nak bagi baju untuk teman lelaki anda. Yang salah tu kalau anda bagi baju yang tak halal, baju yang dicuri atau dari sumber yang haram!
Gadjet
Lelaki dengan gadjet? Jangan sampai anda pula diabaikan sebab terlalu asyik dengan gadjetnya! Lelaki dengan gadjet memang tak dapat dipisahkan sejak dari dulu lagi. Ianya merupakan sesuatu yang wajib ada dalam hidup mereka. Telefon bimbit, iPod, iPad, Playstation, Xbox, laptop dan sebagainya sangatlah bermakna bagi mereka. Sekali sekala anda nak bagi hadiah lain dari lain sikit, bolehlah anda hadiahkan mereka barang-barang ni. Pasti tak keluar rumah lansung lepas dapat hadiah tu kan? 😀
DIY kad
Do it yourself kad, memerlukan kreativiti anda tersendiri. Ini merupakan hadiah yang paling ikhlas dan berharga bagi mereka kerana inisiatif dan masa yang anda luangkan untuk sepeking kad itu. Ianya mungkin nampak kecil, biasa dan murah tetapi yang sebenarnya itulah hadiah yang paling ikhlas dan comel!
Surprise birthday party
Bukan semua lelaki sukakan surprise party, hanya segelintir sahaja yang gemarkannya. Lelaki lebih suka menyambut hari jadinya dengan orang tersayang seperti keluarga dan cinta hatinya. Bagi mereka itu lebih bermakna dan romantis kerana dapat luangkan saat-saat istimewa bersama yang tersayang!
Kasih sayang
Ha yang ni merupakan yang paling mahal, paling berharga dan paling istimewa buat si dia tahu tak? Sesetengah lelaki tak mahukan hadiah, tapi cukup dengan kasih sayang, keikhlasan dan kejujuran pasangnya. Ini juga merupakan hadiah yang paling suci sebenarnya, tak perlukan wang ringgit walau sesen pun!
Leceh sebenarnya nak carikan hadiah untuk lelaki dan fakta ini pun diakui sendiri oleh kaum lelaki. Jadi kesimpulannya kenal pastilah keinginan dan kehendak pasangan anda supaya senang nak cari hadiah yang sesuai untuk mereka! 🙂