Petter Kverneng dan kekasihnya yang berasal dari Norway baru-baru menjadi selebriti internet secara tiba-tiba apabila kisah mereka mendapat perhatian dari seluruh dunia. Petter Kverneng amat menyukai kekasihnya selama bertahun-tahun dan dia akhirnya berjaya meyakinkan Cathrine Johansen untuk bersetuju mengadakan hubungan seks dengan dia jika gambar mereka menerima satu juta LIKE di laman sosial Facebook.
Gambar mereka telah dimuat naik di laman Facebook dengan tajuk “Please, help me get laid,” telah mendapat sebanyak 1.2juta LIKE selama beberapa jam sahaja. Petter Kverneng telah memberitahu media tempatan bahawa ia merupakan lawak jenaka untuk rakan-rakannya dan dia terlupa dengan kuasa ‘internet’ dan ‘Google’ gambar mereka telah tersebar di 4chan / b / imageboard, di mana pengguna internet memutuskan untuk membantu Petter dan selepas beberapa jam, gambar mereka telah mendapat 900,000 LIKE.
Ini juga peringatan buat anda yang ingin membuat kerja gila di laman sosial. Fikir dahulu sebelum menekan butang ENTER dan UPLOAD!