Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Tips

[Edisi Pejabat] Kenali 8 Jenis Boss dan Cara Bekerja Yang Berkesan

by Wanista Newsdesk
December 17, 2013
[Edisi Pejabat] Kenali 8 Jenis Boss dan Cara Bekerja Yang Berkesan
242
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

boss

Banyak asam, banyak garam. Bukan sahaja dunia yang ada pelbagai ragam, boss kita juga sama.

Dalam artikel ini, kami kongsikan 10 jenis boss yang mungkin pernah ada dalam dunia kerja kamu, dan cara-cara bekerja dengan mereka. Ya lah, tempat kerja yang gembira menjanjikan kerja yang berkualiti, kan?

1) Si “Mikro-pengurus”

Dia sentiasa mahu terlibat dalam setiap kerja kamu, dia sentiasa ada idea untuk ditambahkan ke dalam kerja yang sedang kamu lakukan. Dia seorang perfectionist, jadi dia mahukan kerja yang sempurna. Tapi kamu pula berasa sedikit rimas dan ia menghadkan kreativiti kamu ketika hendak membuat kerja.

Cara mengatasi: Biasakan diri kamu membuat laporan atau update terkini kerja kamu kepadanya. Ini untuk memberi jaminan kepada boss kamu yang dia masih berada dalam ‘loop’ tugasan yang diberi, walaupun campur tangan secara terus darinya tidak semestinya diperlukan.

 

2) Si “Buatlah apa yang perlu”

Boss jenis ini berlawanan dengan boss jenis si mikro-pengurus. Dia berikan kamu kebebasan sepenuhnya untuk membuat kerja, tapi bila ada masalah, dia juga berikan kamu kebebasan sepenuhnya untuk selesaikan masalah itu; walaupun ia memerlukan campur tangan darinya.

Cara mengatasi: Jika ada projek besar dan memerlukan autoritinya, ajak dia bermesyuarat. Berikan laporan dari semasa ke semasa untuk memastikan dia tahu perkembangan sesuatu tugasan atau projek.

 

3) Si “Kerjaholik”

Boss jenis ini sangat sukakan kerjanya, dia bekerja tanpa mengira waktu; siang, malam, hujung minggu. Dia beranggapan semua orang mempunyai fikiran dan sikap sepertinya, jadi dia akan menghubungi kamu di luar waktu pejabat untuk bertanyakan status terkini sesuatu tugasan.

Cara mengatasi: Jika diminta untuk bermesyuarat dan ia di luar waktu pejabat, cadangkan suatu masa pada hari bekerja kepadanya. Jika kamu mendapat pesanan tentang kerja di hujung minggu, beritahu bahawa kamu akan kemaskini kerja kamu di pagi Isnin nanti.

 

4) Si “Kawan-juga-boss”

Dia tidak bersikap seperti seorang ketua, tetapi lebih kepada rakan sekerja. Dia sering membelanja pekerja-pekerja makan sebagai tanda penghargaan, dan mengambil berat tentang masalah mereka.

Cara bekerja: Jangan hancurkan kepercayaan yang dia berikan. Sentiasa letakkan had di antara hal peribadi dan kerja, kerana dengan mengenalpasti perkara ini akan menambahkan lagi kepercayaannya terhadap kamu, kerana ini membuktikan kamu bukan suka ‘ambil kesempatan’ dan tidak ‘take it personally‘.

IKLAN

 

5) Si “Tanda Seru”

Mengapa tanda seru? Sebab dia akan memuji atau menegur pekerjanya dengan suaranya yang kuat. Tidak dipastikan samada memang suara dia sebegitu atau kerana boss jenis ini kadar semangatnya begitu meninggi, namun itulah.. segala komennya kalau boleh satu pejabat dengar!

Cara bekerja: Berikan contoh etika pejabat kepadanya melalui perlakuan. Email dia untuk menyatakan terima kasih atas pujian diberikan. Mudahan dengan itu dia faham bahawa ada perkara yang sepatunya dibincangkan secara bertulis dan dalam keadaan senyap.

 

6) Si “Suka Ubah-ubah”

Boss jenis ini suka membuat perubahan pada tugasan pada saat-saat akhir tugasan. Seperti, tukar warna border pada pembentangan Powerpoint dari merah ke biru, tukar latar belakang gambar dan sebagainya. Biasanya boss jenis sebegini agak berusia, dan biasanya perubahan yang dibuat mengikut citarasa usia mereka.

Cara bekerja: Beritahu secara baik kepada boss kamu jika perubahan itu tidak sesuai atau jika kamu tidak cukup masa untuk melakukan perubahan itu. Contohnya jika dia mahu kamu tukar latarbelakang gambar Powerpoint, katakan padanya “Saya setuju dengan idea boss, tapi sekarang biar kita lengkapkan dahulu isi kandungan pembentangan. Bagaimana boss?”

 

7) Si “Tak-Mahu-Konflik”

Boss jenis ini tidak kisah jika ada pekerjanya yang mahu balik awal dan meninggalkan kerja yang penting untuk disiapkan pada hari keesokannya, ini kerana dia kurang gemar menghadapi konflik. Jadi biasanya ada pekerja yang mengambil kesempatan dan lambat dalam melakukan tugasan, kerana tahu boss tidak suka konflik, tidak suka marah-marah dan lebih rela buat-buat tak tahu. Sikap ini tidak baik untuk produktiviti syarikat kerana lebih banyak kerja tertangguh.

Cara bekerja: Dapatkan maklumbalas dari rakan sekerja kamu. Adakah perbincangan kumpulan dan sama-sama berusaha untuk meningkatkan prestasi syarikat. Pastikan setiap ahli kumpulan ada ‘deadline’ masing-masing.

 

8) Si “Manipulasi”

Dia suka berikan janji palsu supaya kamu mahu lakukan tugasan yang diberikan. Dia juga suka memanipulasi keadaan asalkan tugasan yang dia kehendaki siap. Dia tidak teragak-agak untuk memburuk-burukkan rakan sekerja kamu yang enggan bekerjasama dengannya di hadapan kamu, dan memuji kamu pula dengan harapan kamu akan mengikut arahannya.

Cara bekerja: Rekod perbualan melalui email tentang tugasan dan janji yang dia berikan. Kalau kamu bimbang dia akan manipulasi pula jawapan kamul, cc kan email balasan dari kamu kepada ketua yang lain, lebih baik ketua kepada kepada boss kamu. Dan belajar untuk cakap tidak jika tugasan itu adalah di luar bidang kerja kamu.

 

Selamat bekerja!

Tags: 8 jenis ketua8 jenis pengurus8 types of bossbossnedhow to be a bosslady bosstype of bossworkaholic
Share97SendShare

Artikel Berkaitan

“OMG Berminyaknya” – Ini Cara Nak Stailkan Rambut Bangs Untuk Si Kulit Berminyak
Tips - Kecantikan

“OMG Berminyaknya” – Ini Cara Nak Stailkan Rambut Bangs Untuk Si Kulit Berminyak

by IamLisa
January 3, 2022
0

"Saya muka berminyak dan berambut bangs di depan. Selalu tak sampai tengahari, dahi dah makin berminyak. Ada cara tak, nak...

Baca Lagi
5 Tips Untuk Si Ibu Cegah Puting Melecet, Barulah Proses Menyusu Lancar!
Tips

5 Tips Untuk Si Ibu Cegah Puting Melecet, Barulah Proses Menyusu Lancar!

by Sofie Azizlan
December 24, 2021
0

Tak dinafikan proses menyusukan anak tidak mudah. Ada yang luka, sakit hinggalah melecet puting susunya gara-gara anak. Nak elakkan daripada...

Baca Lagi
Asyik Kalah Je, Ini Trick Main Mesin Yang Kuat Telan Duit Budak-Budak
Tips

Asyik Kalah Je, Ini Trick Main Mesin Yang Kuat Telan Duit Budak-Budak

by IamLisa
December 23, 2021
0

"Duit dah habis banyak, tapi satu pun tak kena." Bukan kanak-kanak saja, yang dewasa pun turut sama stress setiap kali...

Baca Lagi
Lelaki Kongsi ‘Benteng’ Elak Banjir, Buat Macam Ini Barulah Air Tak Masuk Dalam Rumah
Tips

Lelaki Kongsi ‘Benteng’ Elak Banjir, Buat Macam Ini Barulah Air Tak Masuk Dalam Rumah

by Sofie Azizlan
December 21, 2021
0

Tak dinafikan ramai yang terkejut dan tidak bersedia menghadapi banjir baru-baru ini terutamanya mereka di Selangor dan Kuala Lumpur. Melihatkan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    10 Gambar Instagram Bukti Bella Hadid Anak Emas Versace

  2. 2

    “Semakin Lebat & Lentik” – Ini Serum Bulu Mata Paling Menjadi!

  3. 3

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  4. 4

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  5. 5

    Lebih Moden Untuk Si Ibu, Gaya Zahirah MacWilson Jadi Pilihan DIVA

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.