Rasanya beberapa hari ini negara telah digemparkan dengan isu remaja perempuan 13 tahun yang telah diceraikan talak tiga oleh suaminya yang berumur 20 tahun dengan alasan bekas isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil. Tetapi semalam ayahnya telah memberitahu pihak media yang anaknya Nor Fazira Saad, 13 dikahwinkan dengan Mohd Fahmi Mohamed Alias yang berumur 19 tahun ketika itu kerana telah diperkosa oleh bekas suaminya dan rakan-rakan suaminya ketika itu.
Menurut ayah remaja perempuan berkenaan, Saad Mustafa, 44,, dia mengizinkan pernikahan anaknya dengan Mohd Fahmi kerana Nor Fazira telah diperkosa oleh Mohd Fahmi dan dua kawan lelakinya empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan. Encik Saad juga berkata yang beliau sudah membuat laporan polis pada 15 Julai 2012, namun dia didatangi ibu bapa Mohd Fahmi selama beberapa hari berturut-turut merayu agar laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu Mohd Fahmi disabit kesalahan dan menerima hukuman penjara. Jadi bapa Fazira telah membuat keputusan untuk mengkahwinkan anaknya dengan Mohd Fahmi. Selain itu, dia juga bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang telah dibuat sebelum ini. [ VIA ]
Cerita berbelit-belit
Nor Fazira turut memberitahunya pada Oktober 2013 bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mertuanya dan memutuskan untuk meminta cerai. Saad turut berkata bahawa keluarga Mohd Fahmi memang tidak menyukai anaknya dari mula perkahwinan dan Nor Fazira juga selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mertuanya. Nor Fazira juga ujar Mohd Fahmi, biadab terhadap keluarganya dan tidak pernah memasak serta selalu keluar dari rumah sekiranya tidak puas hati.
Tetapi apabila ditanya kepada bekas suami Fazira, Mohd Fahmi, berkata yang dia hanya meniduri Nor Fazira setelah mereka sah diijabkabulkan. Mohd Fahmi turut menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan. Tambahnya lagi, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk.