Semasa anda menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM dahulu, apakah hadiah yang dijanjikan oleh ibu dan bapa anda jika anda mendapat keputusan cemerlang? Ada ibu bapa yang menjanjikan hadiah yang mewah dan berharga, ada juga ibu bapa yang tidak memberi apa-apa. Tetapi zaman sudah berubah, kini ibu bapa mampu memberikan hadiah berupa gajet mahal dan juga aksesori yang bernilai ratusan malah ribuan ringgit jika anak-anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan.
Keputusan keseluruhan UPSR 2013 telah dikeluarkan semalam dan menunjukkan peningkatan keseluruhan berbanding tahun lepas.Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud berkata 42.646 atau 9.15% daripada 466167 calon mendapat keputusan 5A.
Kami tidak tahu kesahihan gambar ini, tetapi menurut apa yang disampaikan di laman media sosial, seorang pelajar perempuan mendapat sebuah kereta Mini Cooper selepas mendapat keputusan 5A di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) baru-baru ini. Menurut ‘caption‘ gambar itu lagi, bapa pelajar perempuan itu merupakan peniaga ayam di Kota Bharu dan pelajar itu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Zainab. Tapi begitu cepat ibubapa pelajar ini beri kereta sedangkan keputusan peperiksaan baru diumumkan semalam? Macam dah bersedia awal-awal… ataupun hanya khabar angin. Jika betul, maka untunglah anak-anak zaman sekarang. Agak-agaknya 10 tahun dari sekarang, pelajar dapat sebijik rumah kot jika dapat keputusan cemerlang UPSR? He he! [ VIA ]