Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Deen Mohammad Shaikh – Bekas penganut agama Hindu ini telah mengIslamkan 108,000 orang

by Aida Sue
October 29, 2013
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

deen

Itu adalah kuasa Deen Mohammad Shaikh yang telah mengIslamkan lebih dari 108,000 orang sejak 1989 , iaitu tahun dimana beliau meninggalkan agama kelahirannya,Hindu pada masa itu. Kad perniagaan beliau menggambarkan beliau menetap di Matli sebagai Presiden Jamia Masjid Wali Allah dan Madrasah Aisha Taleem -ul Quran – sebuah institut untuk menukarkan mereka yang beragama lain kepada agama Islam.

Menurut akhbar The Express Tribune , sebidang tanah seluas 9 ekar telah diwakafkan kepada muallaf untuk memasang pondok ataupun khemah dan tinggal disitu. Beliau juga mempunyai hasrat dimana beliau inginkan satu dunia menjadi Muslim. Apabila ditanya bagaimana beliau mula mencintai Islam, beliau berkata semasa menjadi seorang penganut Hindu, beliau telah mula membaca al-Quran dan telah menyedari bahawa adanya 360 tuhan tidak sesuai dengan saya.
Pada mulanya sebelum dia memeluk Islam, dia terpaksa belajar Al-Quran secara rahsia kerana terdapat risiko salah faham jika seorang Muslim menangkapnya dengan kitab suci AlQuran. Dia mula berpuasa dan biasanya dia akan bermula sehari sebelum Ramadan bermula.
Ibunya cemas apabila mendapati dia telah mula berjinak-jinak ingin tahu mengenai agama Islam sehingganya ibunya mengahwinkan beliau dengan seorang gadis Hindu semasa beliau berumur 15 tahun. Tetapi itu tidak mematahkan  rasa ingin tahu terhadap agama Islam dan berjaya mencari seorang guru, Sain Mohammad Jagsi , yang mengajar beliau membaca dan memahami Al-Quran dan Hadis.

Selepas menukar agama , Deen Mohammad Shaikh menjadikan misinya untuk menarik orang lain turut serta memeluk agama Islam. Beliau memulakan misinya di belakang rumah sendiri iaitu berdakwah kepada keluarga , sebelum meneroka melangkaui zon selesa ini. Pertemuannya dengan golongan kaya dan berkuasa membantunya membuka jalan dimana mereka telah memberikan muallaf ini pekerjaan dan membantu dari segi ekonomi mereka.
Sekarang, Shaikh berkata, kemasyhuran beliau telah merebak dan orang datang sejauh Balochistan termasuklah ahli-ahli agama yang ingin memeluk agama Islam. Sebuah masjid kecil telah dibina di dalam kawasan kediaman beliau bersama-sama dengan beberapa bilik di mana kanak-kanak – kebanyakannya perempuan- diajar bagaimana untuk mengerjakan solat dan membaca Al-Quran.

Selain itu juga, dalam usaha untuk ‘ menyelamatkan ‘ mualaf dari menukar kembali kepada agama Hindu di daerah-daerah lain , Shaikh telah menghantar mereka ke Hab Chowk selepas mereka mengucap dua kalimah shahadah kerana sudah pasti keluarga mereka akan memukul mereka apabila mereka dapat tahu jika ada diantara ahli keluarga mereka yang memeluk agama Islam.
Beliau berkata beliau pernah  diculik bersama-sama dengan anak perempuan oleh orang berpengaruh di dalam agama Hindu yang mengancam supaya beliau berhenti mengIslamkan penganut agama Hindu. .

Tags: 000 orangdeen mohammad shaikhDeen Mohammad Shaikh - Bekas penganut agama Hindu ini telah mengIslamkan 108hindu islampenganut hindu islamkan beratus ribu orang
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Opie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Opie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.