Hati ibu mana yang tak hancur luluh jika anak yang dikhuatiri diculik rupanya bukan sahaja dibunuh dengan kejam, malah disumbat ke dalam beg pakaian sebelum dibiarkan di tepi jalanan.
“Anda boleh ambil apa saja yang anda mahu dari saya, tapi jangan ganggu saya, keluarga dan anak saya”, begitulah lebih kurang status terakhir ibu kepada Ng Yuk Tim, 15 tahun, sebelum beliau ditemui mati. Sim Yee Ling, 35 tahun menulis status tersebut di laman Facebook anaknya setelah 24 jam anaknya hilang.
Beliau telah berusaha mencari Yuk Tim; di Stesen LRT Kelana Jaya, tempat di mana sepatutnya Yuk Tim mengambil tren untuk balik ke rumah, dan juga di sekitar Bandar Tun Razak, namun hampa.
Mana rasa bersalah?
Sementara itu, suspek pembunuh, seorang lelaki berusia 23 tahun, berlakon seolah-olah dia tak tahu ke mana perginya remaja malang itu. Dia menghantar gambar Yuk Tim ke laman Facebook, kononnya memohon orang ramai untuk membantu mencari Yuk Tim. Suspek menghantar status tersebut tidak beberapa lama selepas ibu mangsa membuat laporan polis atas kehilangan anaknya.
Dalam status tersebut juga, suspek meminta sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kehilangan mangsa untuk menghubungi ibu mangsa. Malahan, wajah mangsa dalam gambar yang dikongsikan oleh suspek turut dibulatkan, kononnya seperti mahu menekankan bahawa dia benar-benar prihatin dan mahu membantu mencari mangsa.
“Mohon sesiapa tolong cari dia. Ibunya sedang mencari dia. Dia datang ke rumah saya untuk membantu saya membuat helmet untuk acara Cosplay. Tapi saya harus ke tempat kerja, jadi saya hantar dia ke stesen LRT. Jika sesiapa ada info, sila hubungi ibunya. Semua, tolong cari dia. Dia memakai baju yang sama seperti dalam gambar ini”
Itu status pertama beliau berkenaan mangsa.
Semalam, lebih kurang pukul 7 pagi, suspek menghantar satu lagi status Facebook:
“Dah semalaman. At Tim, mana kamu? Ayah dan ibu kamu sedang mencari kamu. Tolong jangan takutkan kami.”
Suspek turut menjawap satu komen di Facebook bahawa dia orang terakhir yang menemui mangsa, lebih kurang pukul 3 petang sebelum dia menghantar mangsa ke Stesen LRT Kelana Jaya.
Status dan gambar yang suspek hantar di laman Facebook beliau telah dikongsi sebanyak 800 kali orang pengguna-pengguna Facebook yang lain.
Enggan dihubungi
Walau bagaimanapun, suspek gagal dihubungi oleh ibu saudarai Yuk Ti, Sim Yee Lian, 31 tahun apabila Yuk Tim tidak pulang pada hari kehilangannya.
“Kami cuba menghubungi dia berkali-kali, tapi gagal. Akhirnya, dia menjawap panggilan kami dan mengatakan bahawa dia telah menghantar Yuk Tim ke stesen LRT pada pukul 3 petang”
Mengaku Bersalah
IKLAN
Pengasas Selangor Community Policing, Kuan Chee Hong berjumpa suspek apabila suspek di minta menemui ibu mangsa untuk membantu mencari anaknya yang hilang di salah sebuah restoran di Kelana Jaya.
“Saya perasan ada kesan gigitan di kiri tangan suspek, jadi saya tanya jika dia terlibat dalam kehilangan Yuk Tim memandangkan dia adalah orang terakhir yang berjumpa dengan mangsa”
Mulanya suspek menafikan jika dia penyebab kehilangan Yuk Tim. Tetapi setelah didesak beberapa kali, suspek membuang pengakuan bahawa dia telah membunuh gadis remaja itu di rumahnya dan meletakkan mayat gadis malang tersebut ke dalam beg pakaian sebelum membuang beg itu di Jalan Kebun Nenas, Shah Alam.
Suspek juga mengaku cuba untuk memperkosa Ng Yuk Tim, sebelum memukulnya dengan alat angkat berat (dumbell) yang telah membunuh Yuk Tim serta-merta di tempat kejadian.
Ng Yuk Tim telah dilaporkan hilang sejak Isnin lalu. Dipercayai suspek dan Yuk Tim mempunyai hobi yang sama, iaitu cosplay dan mereka saling kenal-mengenali antara satu sama lain sejak lima tahun dulu melalui Facebook. Mereka pernah berjumpa beberapa kali dalam beberapa acara cosplay, namun Isnin lepas adalah kali kedua mangsa dan suspek bertemu secara berdua-duaan.
Kami di Wanista.com ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Ng Yuk Tim dan pada masa yang sama juga ingin memberi peringatan kepada ibu-bapa supaya sentiasa mengawasi tindak-tanduk anak-anak. Biar anak-anak kita menangis sekarang, dari kita yang menangis kemudian.
Facebook suspek: https://www.facebook.com/Pzai90