Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

[ Info Kesihatan ] Zat dan makanan sesuai agar rambut sihat dan tidak mudah gugur

by Aida Sue
September 5, 2013
47
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

rambut gugur

Apa rahsianya untuk menjaga agar rambut tetap sihat dan tidak gugur ? Sebenarnya, diet yang seimbang adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan rambut anda. Pakar-pakar telah melakukan kajian dan menyimpulkan bahawa diet yang seimbang iaitu makanan yang dari protein , zat besi dan lain-lain nutrien akan membantu kesihatan tubuh, termasuk rambut anda.

Protein itu sangat penting

Rambut kita memerlukan zat yang baik, sama seperti seluruh bahagian tubuh, dengan vitamin, mineral dan nutrisi yang disyorkan. Rambut dan kuku, keduanya terdiri dari serat protein . Pada waktu tertentu , kira-kira 90 peratus tubuh kita mengalami pertumbuhan. Untuk tiap helai rambut , masa pertumbuhan ini kira-kira 2 hingga 3 tahun . Pada akhir waktunya, rambut akan memasuki masa rehat kira-kira 3 bulan sebelum mereka mula bercambah dan berganti dengan rambut baru. Jika anda kurang mengambil protein, jumlah rambut yang masuk masa rehat tidak akan seimbang.

Setiap kepala, rata- rata memiliki 120.000 – 150,000 helai rambut dan bertunas sekitar 50-100 helai setiap harinya. Kebanyakan orang tidak menyedarinya kerana jumlahnya agak kecil. Tetapi jika jumlah rambut yang memasuki masa rehat dalam jumlah banyak dan bersamaan , maka akan terjadi keguguran rambut yang besar . Salah satunya disebabkan kerana kekurangan protein.

IKLAN

Zat besi dan lain-lain nutrien

Protein bukan satu- satunya nutrisi yang diperlukan untuk menjaga kesihatan rambut. Kita juga memerlukan zat besi, vitamin E, dan mineral seperti selenium , tembaga dan magnesium. Daging dan ikan selain sebagai sumber protein yang baik, juga merupakan sumber zat besi dan mineral – mineral lain. Bagi anda yang merupakan seorang vegetarian, anda boleh mengambil suplemen untuk kecantikan rambut dan kuku yang dijual di farmasi dan klinik.

Kesihatan rambut dan diet menurunkan berat badan

Menurunkan berat badan dnegan diet ketat akan menjejaskan kesihatan rambut , bahkan menyebabkan keguguran . Kerana saat anda berdiet dengan ketat, selain kalori berkurang , nutrisi yang diperlukan tubuh juga tidak sepenuhnya didapati. Selain menyebabkan tubuh stres, ia juga akan dapat mempengaruhi kesihatan kulit dan rambut. Biasanya akan mula terjadi keguguran rambut saat berat badan turuh 15 paun atau lebih. Untuk itu disarankan melakukan diet dengan sihat dan seimbang, sehingga keseluruhan tubuh tetap sihat dan badan pun boleh langsing.

Tags: [ Info Kesihatan ] Zat dan makanan sesuai agar rambut sihat dan tidak mudah gugurmakanan rambut tidak gugurrambut gugurrawatan rambut gugurtips rambut cantik
Share19SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Kisah Di Sebalik Baju Turtleneck Hitam Steve Jobs Rekaan Mendiang Issey Miyake
Fesyen

Kisah Di Sebalik Baju Turtleneck Hitam Steve Jobs Rekaan Mendiang Issey Miyake

August 12, 2022
“Genderless Clothing”- #DIVAKongsi Barisan Selebriti Lelaki Berani Gayakan Skirt
Fesyen

“Genderless Clothing”- #DIVAKongsi Barisan Selebriti Lelaki Berani Gayakan Skirt

August 12, 2022
Pertama Di Malaysia, Alat Saringan Digital TOY EIGHT Mudahkan Kamu Pantau Tumbesaran Anak
Gaya Hidup

Pertama Di Malaysia, Alat Saringan Digital TOY EIGHT Mudahkan Kamu Pantau Tumbesaran Anak

August 12, 2022
Oh No! Hindari Moment ‘Krik-Krik’ Ketika Dating Dengan Cara Ini…
Gaya Hidup

Oh No! Hindari Moment ‘Krik-Krik’ Ketika Dating Dengan Cara Ini…

August 12, 2022
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.