Lookbook yang pertama kami adalah inspirasi fesyen gabungan motif tribal dan juga elemen rock. Mungkin bagi sesetengah orang, gabungan ini agak janggal dan overdo, tapi kalau warna yang digunakan adalah tepat, ia merupakan elemen fesyen yang ‘meletup’! Bagi anda yang nak mencuba fesyen seperti ini, kami kongsikan dua fesyen menggunakan legging dan juga skirt labuh yang kami padankan di Polyvore.
- Fesyen diatas menggabungkan moto jacket dan juga legging bermotifkan tribal.
- Kami padankan pula dengan kasut bertumit tinggi berwarna hitam.Anda boleh suaikan dengan clutch tribal ataupun beg kulit berwarna gelap.
- Bagi aksesori pula, terdapat banyak pilihan rantai,cincin dan gelang bermotif tribal dan rock yang boleh disuaipadan.
- Apa-apa aksesori pun boleh asalkan tidak terlalu berwarna-warni.
- Untuk kemeja dalam jaket pula, warna terang amat digalakkan untuk menyerlahkan seri anda dan nampak lebih bergaya.
- Bagi fesyen skirt labuh pula, jaket denim disuaikan dengan tshirt bermotifkan rock.
- Skirt labuh bermotifkan tribal digunakan. A
- nda juga boleh gabungkan dengan skirt high low bermotifkan tribal dan dipakai bersama legging ( bagi muslimah ).
- Beg kulit serta boots berwarna coklat digunakan untuk menambah elemen neutral.Skaf bermotifkan tribal serta aksesori rock ditambah pada set kedua ini.