Seorang artis dan juga pereka perabot, Dave Hall dan rakan kongsi perniagaan Donovan Fell daripada Motoart telah bekerja keras untuk menyediakan reka bentuk katil yang unik yang diperbuat daripada sisa-sisa kapal terbang lama dan juga jet. Katil yang dijual di laman sesawang Motoart ini juga bukan sahaja membuat katil dari sisa kapal terbang, tetapi perabot seperti meja makan, meja pejabat, kerusi empuk, meja penyambut tetamu, arca seni, meja kopi dan pelbagai lagi.
Mereka menggunakan sisa kapal terbang jet 747, kapal terbang kargo C-124 dan juga kapal terbang DC-10. Bagi anda yang ingin menempah perabot atau katil unik ini, anda boleh lawati laman web mereka Motoart . Memang gila gempak!