Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Video wanita Melayu hina Islam : Seorang jurulatih anjing ditahan ( gambar dan video )

by Aida Sue
August 1, 2013
7
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram


chetz yusof

Kalau sebelum ini Malaysia digemparkan dengan gambar pasangan berbangsa Cina mengucapkan selamat berpuasa dengan memakan bak kut teh, kali ini orang kita tercuit pula dengan isu video viral seorang wanita Melayu yang melakukan aksi sambutan hari raya bersama anjing. Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan individu itu memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

chetz-yusof-2

Wanita tersebut, Maznah Mohd Yusof atau dikenali dengan nama Chetz Yusof merupakan seorang jurulatih anjing yang berpengalaman dan berkata dia membersihkan dirinya dan anjing berkenaan dalam video berkenaan kerana agama Islam menurutnya menganjurkan kebersihan.

Maznah berkata, dia juga sedih kerana imam masjid berhampiran kawasannya juga marah dengan video berkenaan. Maznah menambah, jirannya yang beragama Islam kini tidak berpuas hati walaupun mereka sebelum ini tiada masalah dengan tindakannya membela anjing.

“Sebagai seorang pemimpin agama, tidakkah dia tahu mengenai undang-undang Islam? Sepanjang pengetahuan saya, agama saya tidak menghalang saya daripada membela atau menjaga anjing,” katanya.

Sementara itu, semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah menggambil tindakan terhadap penyebaran video yang dikatakan menghina Islam bertajuk ‘1 Hari Di Hari Raya’ yang disiarkan dalam laman YouTube.

chetz-yusof-ditahan

Anjing termasuk dalam kategori najis mughalazzah iaitu jika terkena air liur atau terpegang badan anjing yang basah maka wajib dibasuh dengan air yang bercampur tanah sekali diikuti dengan enam kali air yang bersih. Tetapi tiada pula dalam al-Quran yang menyatakan orang Islam tidak boleh membela anjing. Wallahualam.

Tags: aidilfitrianjing aidilfitrianjing hari rayachetz yusofislammaznah mohd yusoforang melayu hina islamrayavideo chetz yusofvideo hina islamVideo wanita Melayu hina Islam : Seorang jurulatih anjing ditahan ( gambar dan video )wanita melayu video anjing
Share3SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Opie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Opie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.