Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Jenayah ] Selamatkah Malaysia? Pembunuh upahan dibayar serendah RM5,000 untuk cabut nyawa

by Aida Sue
July 2, 2013
6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram
jenayah
Gambar hiasan

Begitu mudah untuk mencabut nyawa seorang manusia pada masa kini. Tak percaya? Menurut laporan akhbar yang dikeluarkan di Berita Harian, pembunuh upahan di Malaysia hanya mengenakan bayaran di antara RM5,000 hingga RM15,000 bagi membunuh atau menghapuskan sasarannya. Dulu penulis pernah mendengar kes pembunuh upahan membunuh mangsa di hadapan rumah sebelum pergi kerja, semasa berjoging pun ada dan juga di hadapan sekolah semasa menunggu anak pulang.

Akan tetapi  ‘kontrak’ pembunuh upahan adalah kes terpencil di Malaysia tetapi ianya menjadi hangat kembali selepas beberapa kes kematian dikaitkan dengan mereka termasuk beberapa kes berprofil tinggi.

Antaranya ialah kes membabitkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri Datuk Shaharuddin Ibrahim yang mati ditembak dua lelaki bermotosikal jam 8.15 pagi 26 April lalu ketika kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan Murano dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat menghala Lebuh Wawasan di Putrajaya.

Menurut sumber, RM5,000 hingga RM15,000 adalah harga dikenakan pembunuh upahan bagi sasaran biasa. Namun, harga itu boleh mencecah ratusan ribu ringgit sekiranya sasarannya golongan kenamaan, berpangkat tinggi atau pun personaliti. Berdasarkan maklumat risikan, pembunuh upahan kebanyakannya terdiri daripada rakyat negara jiran yang menyusup masuk ke negara ini selepas mendapat ‘kontrak’ namun pembabitan warga tempatan juga dipercayai berlaku.

Kalau kita perhatikan terlalu banyak kes bunuh di halaman rumah, di depan kedai yang sibuk dan dimana-mana sahaja sampai kita sendiri pun tertanya-tanya,  adakah negara Malaysia yang dahulunya aman sudah tidak selamat lagi? Kalau kita Google perkataan tembakan di hadapan rumah, berapa banyak kes terjadi?

Diharapkan pelbagai tindakan dan pelan bakal dilaksanakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi jabatan baru  Crime Prevention and Eradication Department (CPED) yang ingin mengurangkan jenayah sehingga 65%.

mau2

maut

Tags: [ Jenayah ] Pembunuh upahan dibayar serendah RM5000 untuk mencabut nyawajenayahpembunuh upahan malaysiatembak depan rumahupah pembunuh malaysia
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Opie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Opie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.