Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

[ Menjelang Ramadhan ] Tips berpuasa bagi kanak-kanak

by IamLisa
June 14, 2013
[ Menjelang Ramadhan ] Tips berpuasa bagi kanak-kanak
76
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

image

Penting untuk ibu bapa mengetahui tips latih anak menahan lapar, dahaga serta menyediakan juadah yang seimbang ketika berpuasa. Lebih-lebih lagi dengan kedatangan ramadhan yang bakal tiba ini. Malah, ibu bapa sibuk membuat pelbagai persediaan terutama jika anak-anak baru hendak belajar menjalani ibadat berpuasa.

Bagi ibu bapa, usahlah terlalu bercita-cita tinggi melihat si kecil berpuasa hingga lupa batas-batas kemampuan anak anda. Sebaik-baiknya, tanyalah pengalaman adik beradik, rakan taulan dan jiran tetangga mengenai pengalaman mereka mendidik anak-anak berpuasa. Malah, sekarang ini dengan kecanggihan teknologi segala maklumat anda boleh dapati dengan mudah. Kiranya tiada masalah langsung.

Perunding Paediatrik Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Fadzillah Ghazali berkata, tiada batas usia tertentu bagi kanak-kanak untuk mula melatih diri berpuasa. Malah, menurutnya, ibu bapa adalah individu yang lebih arif memulakan latihan berpuasa mengikut kemampuan anak-anak.

Dr Fadzillah berkata, ibu bapa boleh melatih anak berpuasa secara berperingkat iaitu seperti beberapa jam sehari, separuh hari dan seterusnya beberapa hari mengikut kemampuan anak. Rutin ini seeloknya ditambah atau dipertingkatkan setiap tahun tibanya bulan Ramadan.

“Pastikan anak-anak sudah mampu mendisiplinkan diri dan boleh berfikir dan membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Pengambilan makanan ketika berbuka puasa pula janganlah berbeza dengan hari-hari biasa dan paling penting pastikan makanan yang dihidangkan seimbang dan berkhasiat.

IKLAN

26905453

“Pengambilan makanan perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati, cuba elakkan berlakunya masalah pencernaan dan kekurangan air dalam badan dengan melebihkan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan serta makanlah secara sederhana,” katanya lagi.

Malah, beliau juga menegaskan bersahur adalah amalan yang sangat penting untuk membekalkan tenaga kepada kanak-kanak sepanjang hari. Minum lebih banyak air dan elakkan makanan yang pedas dan berminyak. Kalau boleh anda sediakan makanan panas yang baru dimasak atau sediakan makanan kegemaran mereka, iyelah kanak-kanak agak cerewet dan memilih bab makanan. Selain itu, galakkan kanak-kanak mengambil buahan dan minum air dengan banyak ketika sahur. Jelas Dr Fadzillah lagi, kanak-kanak masih boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa mengikut kemampuan mereka.

“Bagaimanapun, bagi kanak-kanak yang mengidap kencing manis, masalah buah pinggang atau masalah kesihatan kronik lain, mereka perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa.

“Selain itu, kesihatannya perlu dipantau dengan lebih kerap dan mengubahsuai pengambilan ubat mengikut keperluan,” katanya.

INFO TAMBAHAN

  • Luangkan masa berbuka bersama di rumah. Hidangkan makanan yang digemari anak anda kerana ia menimbulkan keseronokan.
  • Selepas berbuka, amalkan niat berpuasa bersama keluarga.
  • Kejut anak anda untuk bersahur. Bangun pagi untuk menikmati makanan adalah sesuatu yang baru bagi kebanyakan kanak-kanak.
  • Jangan biarkan anak terlalu aktif, ini akan memenatkan mereka.
  • Jika ada anak kecil berusia kurang empat tahun, jangan biarkan mereka makan di hadapan anak yang sedang berpuasa.
  • Kurangkan menonton televisyen kerana ada banyak iklan makanan yang mungkin boleh ‘menggugat’ fokus anak-anak.
  • Latih sedikit demi sedikit amalan berpuasa.
Tags: bulan ramadhankanak-kanak berpuasamenjelang ramadhanramadhantips berpuasa bagi kanak-kanak
Share30SendShare

Artikel Berkaitan

Guna Penyepit & Maskara Lebatkan Bulu Mata? Selena Gomez Ajar Trik Genius
Kecantikan

Guna Penyepit & Maskara Lebatkan Bulu Mata? Selena Gomez Ajar Trik Genius

by IamLisa
July 1, 2022
0

Siapa yang mempunyai bulu mata bawah yang pendek, boleh cuba cara Selena Gomez yang viral ini. Kamu perlukan penyepit bulu...

Baca Lagi
Sertai Krew Minion Dengan Tampalan Eksklusif Di Levi’s® Tailor Shop Ini
Fesyen

Sertai Krew Minion Dengan Tampalan Eksklusif Di Levi’s® Tailor Shop Ini

by Sofie Azizlan
July 1, 2022
0

Ada yang sudah tonton filem "Minions: The Rise of Gru"? Gru dan krew jahatnya kini kembali memeriahkan pawagam dengan filem...

Baca Lagi
Bakuchiol Pengganti Retinol, Ini Sebab Kenapa Pakar Syorkan!
Kecantikan

Bakuchiol Pengganti Retinol, Ini Sebab Kenapa Pakar Syorkan!

by Sofie Azizlan
June 30, 2022
0

Bila mencari produk yang sesuai, kita akan cenderung untuk memilih produk berdasarkan bahan kandungannya. Dan ketika ini, kebanyakan produk skincare...

Baca Lagi
Tampil Maskulin Pakai Suit, Copy Paste Gaya Selebriti Ini
Fesyen

Tampil Maskulin Pakai Suit, Copy Paste Gaya Selebriti Ini

by IamLisa
June 30, 2022
0

Tertawan melihat wanita tampil dalam gaya maskulin mengenakan suit. Nampak sisi mereka yang berbeza, cool dan segak, lari daripada fesyen...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Lihat Rambut Baru Gigi & Bella Hadid Untuk Marc Jacobs, Betul Cukur Ke?

  2. 2

    Buat Macam Ini, Celah Paha Hitam Boleh Cerah Dalam Seminggu!

  3. 3

    7 Sunscreen Dari Biore Yang Bagus Menurut Netizen

  4. 4

    Tampil Maskulin Pakai Suit, Copy Paste Gaya Selebriti Ini

  5. 5

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.