Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Hiburan Gosip Tempatan

[ Hiburan ] Isu Khalwat : Shahz Jaszle Dedah Diri Diperangkap

by IamLisa
May 28, 2013
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

GUA_Shahz_Jazle_default_TV3_8022_482850797

Setelah hampir dua minggu ‘menyembunyikan diri’ dan mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan, pelakon Shahrizal Jaszle, 25, akhirnya mendedahkan kejadian khalwat yang berlaku terhadapnya pada 16 Mei lalu adalah satu perangkap.

Shahrizal atau sebelum ini dikenali sebagai Shah Jaszle berkata, dia percaya dirinya tidak bersalah kerana semasa kejadian itu dia bukannya berada berdua-duaan sebaliknya terdapat lima orang lain ketika pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan.

“Saya tak boleh komen panjang tentang isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah. “Cuma apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian itu. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November depan nanti,” tegasnya.

Jais dalam satu kenyataan medianya pada 16 Mei lalu mengesahkan telah menahan Shahrizal atas tuduhan khalwat di Apartment Taman Sri Subang, di sini, pada pukul 3.30 pagi.

Penahanan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 selepas Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu menerima aduan daripada pihak awam berhubung kegiatan berkenaan. Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu tambah pelakon yang mula popular menerusi drama bersiri Asmara tersebut, dia sedikit pun tidak berasa tergugat walaupun namanya sudah tercalar gara-gara kejadian itu.

Beritahu Shahrizal, selepas diikat jamin, dia terus mengumpulkan keluarganya serta keluarga pihak tunangnya, Redzwani Puteri, 25, bagi menjelaskan situasi sebenar apa yang telah berlaku.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dan mendengar sesuatu perkara sebelum bertindak atau membuat keputusan.

“Selepas menceritakan kejadian itu, mereka juga merasakan ia seperti sebuah perangkap,” ujarnya.

Tambah Shahrizal, dia juga bersyukur mempunyai tunang yang cukup memahami dan tidak melatah selepas mendapat tahu kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Shahrizal berkata, kejadian khalwat yang berlaku terhadapnya itu merupakan satu pengajaran besar buatnya di mana dia perlu berhati-hati dalam setiap langkah yang dilakukan selepas ini.

“Ia menjadi tauladan besar buat saya. Tidak sangka, dalam berjaga-jaga batas pergaulan, perkara begini boleh terjadi kepada saya,” tuturnya.

Tags: pelakon shahz jaszleshah jaszle kena tangkap khalwatShahz Jaszleshahz jaszle ditangkap khalwatshahz jaszle tangkap khalwat
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @puteranordanish2 (TikTok) / Facebook
Gosip Tempatan

“Patutlah Melekat, Setia Je”- Bekas PA Dedah Nur Sajat Bayar Jadoos RM1700 Setiap Bulan

by Sofie Azizlan
January 6, 2022
0

Sumpah terkejut! Ingatkan masih bersama dan setia atas dasar cinta, rupanya wang. Rakan baik merangkap bekas pembantu, Mokkay mendedahkan Jad...

Baca Lagi
Foto - @ivan_gunawan (IG)
Gosip Tempatan

“Ini Anak Saya!” – Bela Anak Patung Macam Anak Sendiri, Netizen Dakwa Ivan Gunawan Ikut Ajaran Sesat

by Sofie Azizlan
December 30, 2021
0

Pengacara dan pereka fesyen terkenal Indonesia, Ivan Gunawan telah mencetuskan kontroversi apabila dia didakwa memiliki dua orang anak. Yang paling...

Baca Lagi
Foto - @ezurinkhyra (IG)
Gosip Tempatan

Disoal Tentang Sambutan Krismas Di London, Ini Kata Ezurin Khyra Pada Netizen

by Sofie Azizlan
December 30, 2021
0

Sosialit dan ikon fesyen terkenal iaitu Ezurin Khyra baru-baru ini telah disoal oleh netizen selepas melihatnya menyambut perayaan Hari Krismas....

Baca Lagi
Foto - Kosmo / @michaelang38 (IG)
Gosip Tempatan

Anjur Majlis Berinai Tema Bollywood, Netizen Selar Uqasha Senrose & Kamal Adli ‘Lupa’ Budaya Melayu

by Sofie Azizlan
December 29, 2021
0

Meriah sungguh melihat majlis berinai bertemakan Bollywood milik pasangan pelakon iaitu Uqasha Senrose dan Kamal Adli. Video penuh majlis berinai...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.